Prolog ZC 🔫

126 13 0
                                    

  "Girls,korang nak makan apa ni?"
 
  Ann dan Risya mengangkat muka memandang ke arah empunya suara dan tersenyum sinis.
 
  "Bongok la kau ni. Kau macam la tak kenal kitorang. Makan macam biasa la",jawab Ann sambil memberikan jelingan tajam kepada Kayla. Risya hanya mengangkat kening memandang Kayla.
 
  "Hek eleh,tak payah la sampai kena bongok. Mana la tahu kau nak makan benda lain ke. Nak makan taik cicak ni ke?",sindir Kayla lalu terus berjalan ke kaunter meninggalkan mereka yang sedang duduk itu.
 
  Risya hanya tersenyum senget dan Ann hanya menggeleng. 10 minit kemudian,Kayla menghampiri meja mereka dengan menatang dulang besar. Ann membantu Kayla meletakkan dulang makanan mereka di atas meja. Risya pula mengagihkan makanan. Masing-masing membaca doa dan menyuap makanan dengan senyap. Yela,sekor-sekor dah kebulur macam tak makan setahun.
 
  Tiba-tiba kedengaran bunyi jeritan dan siren yang kuat dari belakang mereka membuatkan suapan mereka yang terakhir terhenti. Kayla memusing belakang dan memandang kembali ke arah dua sahabatnya yang sudah pucat. Ya,benda itu dah sampai.
 
  "Weh,kau rasa benda tu dah dekat ke?",soal Ann sambil menelan liur. Risya pula sudah bertakung air mata.

  "Aku rasa kita kena get ready lari ni",terang Kayla lalu bangun dari duduk dengan tenang. Ann dan Risya hanya mengikut langkah Kayla. Jeritan dan lolongan semakin kuat kedengaran.

  BOOM!

  Kedengaran letupan yang sangat kuat berhampiran mereka menyebabkan mereka terpelanting dan jatuh.
 
  Ann menjerit kesakitan apabila kakinya terseliuh kerana ada sebuah kerusi telah jatuh di atas kakinya. Risya yang berdarah di dahinya segera menghampiri Ann yang sedang menangis. Kayla yang cedera di lengannya juga sudah berada dekat dengan Ann.

  "Risya,kita kena pergi dari sini."
  Risya mengangguk dan memandang sekeliling.

  "Pergi!Tinggalkan aku. Pergi selamatkan diri. Aku sayang korang",kata Ann sambil menutup matanya. Diam. Tiada respon. Hanya kedengaran bunyi kecoh di sekeliling. Tiada bunyi daripada kawan-kawannya.

   Ann membuka mata. Alangkah terkejutnya dia bila melihat dia sedang berada di dalam troli. Dia memusing belakang. Kelihatan Risya yang sedang menolaknya dan di sebelahnya kelihatan Kayla yang sedang memukul manusia yang ingin menggigit mereka menggunakan kayu. Sungguh dia tak sangka Kayla dan Risya takkan tinggalkan dia.
 
  Kayla berlari bersama Risya. Dia memandang Ann dan mengusap lembut rambut hitam Ann.
 
  "Kau dengar sini. Perkara terakhir yang aku akan buat adalah dengan mengorbankan diri aku untuk korang. Bukan korang yang akan dikorbankan. Aku akan pastikan yang kita takkan mati. Aku akan pastikan yang aku jaga korang macam nyawa aku sendiri. Jadi,jangan buat benda bodoh lagi!!",jerit Kayla lalu memukul mayat yang sedang menghampiri mereka.

   Dia kembali memandang dua sahabatnya. Kelihatan mereka sedang menangis. Dahinya terus berkerut. Lah,apasal pula diorang ni. Aku ada cakap benda yang salah ke?

  "Kenapa nangis? Aku ada salah cakap eh?"

  Ann dan Risya hanya menggeleng dan tersenyum.

  "Sayang juga kau dekat kitorang kan?",sempat lagi Ann menyakat.

  "Eh,bila masa aku sayang korang?",dalih Kayla dan masih lagi berlawan. Risya hanya tersenyum senget melihat mereka.
 
"Weh,aku rasa ada satu kedai kosong tu. Aku rasa kita boleh menyorok kat sana dulu. Tunggu keadaan reda dulu."
 
  Mereka memandang ke arah kedai yang dimaksudkan. Macam kedai runcit. Ada sedikit laluan untuk mereka masuk ke dalam kedai tu. Mereka memandang  Kayla semula dan mengangguk faham.
 
  Rargh! Rarghh!!
 
  Mayat-mayat yang lain segera menghampiri mereka seperti tidak mengizinkan mereka untuk pergi dari situ.
 
  Kayla pun apalagi,terus memukul manusia yang paling hampir dengan mereka.

  "Risya,lari!"

TBC

Jgn lupa comment dan vote bgi saya smgt siket...pliz support cite budk baru bljr ni..😯😯

- raysha_j -

 

Zombie Citiez [OG]Where stories live. Discover now