ZC 4🔫

48 5 3
                                    

"ARGH!"

Mikayla memandang Anna yang menjerit sambil menutup mata. Dia memberi pandangan 'Kau apehal gila?'

"Weh,tak payah ah sampai nak tutup mata. Kayla bukak ikatan kat tangan perempuan tu je. Over ah kau ni",bidas Risya selepas menolak kuat bahu Anna. Anna perlahan-lahan menurunkan tangannya dan membuka sedikit matanya.

"Yaaa! Kalau nak potong tali tu pun tak perlulah sampai nak angkat pisau tu tinggi. Haduh,buat sesak nafas aku jelah kau ni",marah Anna lalu menendang betis Mikayla. Gadis itu berdecit sebelum menolak kepala Anna sehingga jatuh terduduk di atas sofa. Risya hanya membuat thumbs up.

Anna mencebik sambil memegang kepalanya. Perlu ke main kepala?

Mikayla hanya menggeleng. Tak sakit pun sebenarnya,saja nak halau budak tu main jauh-jauh.

Mata Mikayla kembali diarahkan kepada gadis yang masih pengsan di kerusi itu. Dia menepuk perlahan pipi gadis itu supaya bangun. Heish,budak ni. Nak aku lempang dulu ke baru nak bangun, omel Mikayla lalu mendengus.

Dia mencapai botol mineralnya tadi dan mencurah air yang masih berbaki separuh ke muka gadis yang pengsan itu.

Kelihatan gadis itu tersedar dalam keadaan tercungap-cungap tidak cukup nafas apabila disimbah begitu.

Bibir Mikayla diherotkan sambil mata meneliti pisau yang berada di tangan.

"Tu lah. Aku kejut kau cara elok tak nak bangun. Patutnya aku lempang,sepak terajang kau biar mampus terus."

"Eee,macam berani sangat je Mikayla ni nak bunuh orang", kata Anna perlahan namun dia tersedar silapnya berkata begitu apabila Mikayla merenungnya tajam.

"Hehehe. Mikayla kan cantik,takmo marah-marah ye. Nanti tua aku jugak yang kena jaga."

Risya hanya menggeleng sebelum meminta Anna diam. Mikayla memejam mata supaya kesabarannya tidak berkurang apabila berhadapan dengan sahabatnya.

"Wh..what? What do you want..from me?", tanya gadis itu perlahan. Dia sudah tidak punya tenaga untuk melawan.

"Heh,kalau kau tak tanya pun aku memang nak mintak."

Jacob mengambil sebuah kerusi ketika bosnya menyuruh. Kerusi itu diletakkan di hadapan gadis lemah itu sebelum empunya melabuhkan diri.

"Macam ni lah. Kita straight to the point. Aku nak kau kekal survive dengan aku."

"Tapi,bos. Baik kita gerak terus daripada nak kena jaga dia ni",usul anak buah Mikayla menyebabkan pisau yang dipegang tuannya itu berada di lehernya.

"Bila aku bercakap,jangan menyampuk. Kau nak ke jadi umpan untuk kita keluar dari sini?"

Anak buah Mikayla menelan liur sebelum menggeleng laju. Anna memegang dadanya. Nasib baik time dia menyampuk tadi Kayla tak acu pisau camtu. Fuh,mau gugoq jantung!

Mikayla yang sudah bangun berjalan mengelilingi tebusannya itu.

"Aku tak tahu kenapa tapi instinct aku kuat mengatakan yang aku perlukan kau untuk masa depan nanti. And yang paling menguatkan benda tu lagi,kau pakar IT, kan?"

Gadis itu hanya mengangguk. Mikayla tersenyum sebelum menghampirinya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Then,keep survive with me. And I'll make sure that you're gonna be safe. Always", ujar Mikayla sambil mengangkat kening.

Gadis itu kelihatan teragak-agak untuk menyambut huluran tangan itu. Namun,melihat Mikayla yang bersungguh-sungguh membuatkan huluran itu tetap disambut.

Zombie Citiez [OG]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα