ZC 13🔫

24 3 0
                                    

    NAFAS diatur semula apabila tiba di tingkat paling atas. Baru sahaja dia berjalan di koridor, langkahnya terhenti ketika melihat sesuatu.

    "Well, well. Tengok aku jumpa siapa lagi sekarang ni."

    "Lepaskan dia, Xander. Kau buat taik dengan aku, tak ada kena mengena dengan dia", arahnya dengan mata tajam memerhati Xander yang sedang memegang lengan Qal.

    "Kalau nak, ambillah sendiri. Bod*h juga ketua The Killers ni", sinis Xander berkata lalu tubuh itu ditolak jatuh ke tepi.

    Ketawa dilepaskan kuat melihat Hanz yang sedang mendengus dan berlari menghampirinya.

    Pertarungan sengit berlaku. Hanz menumbuk, Xander menahan. Xander membalas, Hanz menghadang. Sehingga...

    Xander mengangkat lengan menahan tangan Hanz yang ingin menumbuk mukanya. Senyuman sinis diberi sebelum tiga kali tumbukan singgah di rusuk kanan gadis itu. Tendangan diberi kepada Xander supaya menjauh.

    Lelaki itu menepuk dada tanda membuang habuk lalu berdiri tegak memandang Hanz yang sedang tunduk memegang rusuk.

    "Kau kena tahu, Hanz. Aku tak selemah dulu. Kau ingat bos ni lemah ke? Kau ingat kau seorang saja ketua yang kuat? Tak! Sebab aku lagi kuat!!", jerit Xander lalu menghampiri Hanz dengan sebuah tumbukan.

    Hanz spontan mengangkat lengan kanan bagi mengelak tumbukan namun sekali lagi rusuk kanannya dilutut oleh lelaki itu.

    Xander menjerit lalu memberi tendangan di rusuk yang sama. Pipi kiri Hanz ditumbuk membuatkan gadis itu jatuh melutut dengan sebelah kaki.

    Wajah ditunduk menahan sakit. Rusuk kanan dilindung dengan tangan kiri. Tepi bibir yang sudah berdarah tidak dihiraukan.

    Hanz mengangkat muka dan memandang Xander yang sedang ketawa kuat dengan tajam. Mata memandang pula ahli termudanya yang sedang terbaring pengsan.

    Kaki digagahkan untuk bangun walaupun muka jelas menunjukkan sakit di rusuknya masih belum surut.

    "Aku dah sumpah yang aku akan bunuh kau, Xander!", jerit Hanz lalu dia terus berlari ke arah lelaki itu.

    Xander tersengih sinis lalu menggenggam buku lima Hanz yang menyerang mukanya. Dahi Hanz berkerut apabila dirasakan genggaman itu menjadi semakin sakit.

    Xander memulas tangan Hanz ke tepi lalu kepala dihantuk ke muka Hanz. Ketua The Killers itu tidak dapat mengawal badannya dan dia terjatuh lagi.

    Lengan mengesat cecair merah yang terasa ingin menitik dari kening kanan. Xander ketawa mengejek melihat wajah Hanz yang lebam dan berdarah.

    "Tch, tch, tch. Hanz, Hanz. Ni ke orang yang paling digeruni zaman ni? Aku rasa mereka bod*h! Bod*h mungkin kerana tak pernah bertemu dengan kau. Kalau mereka seperti aku, pasti kau dan ahli kau sudah lama mati! Hanya sebuah kumpulan yang lemah!"

    Hanz meludah ke tepi lalu dia menumbuk lantai. Pandangan membunuh dihala ke Xander yang masih tenang berdiri.

    "Come here, loser~"

    "Kau memang nak mati, Xander. Kalau betul kau nak lakukan apa-apa saja dekat ahli aku, kau kena langkah mayat aku dululah si*l!!", jerit Hanz lalu tumbukan yang diterima berjaya dielak. Tendangan yang diterima turut ditahan dan ditepis.

    Pisau diambil dari belakang pinggang dan setiap sendi di kaki Xander dihiris halus. Terus lelaki itu berdiri kaku dan menggeletar teruk. Tidak sampai lima saat, Xander tumbang dengan badan yang separuh lumpuh.

Zombie Citiez [OG]Where stories live. Discover now