ZC 6🔫

36 5 0
                                    

     "TEAM Lekir, backup Lekiu at the west. Lekiu, move to the east meanwhile Kasturi will be cover at the top. Start to move at 0700."

     Semua tekun mendengar arahan Mikayla sambil melihat jam di tangan. Tidak boleh disangkal kebolehan Mikayla sebagai ketua bukan calang- calang, puji Adell perlahan.

     "Okey, semua dah bersedia?", tanya Mikayla sambil memandang setiap ahli kumpulannya. Mereka mengangguk dengan yakin.

     Masing-masing dibekalkan pistol. Hanya itu yang tinggal, rifle, shotgun semua dah kehabisan peluru. Sedangkan kubu ni sedikit jauh dari jalan raya. Perang apa pun tak tahu.

     Pistol dipasang silencer supaya tidak menarik perhatian zombi. Mikayla hanya menggunakan sepucuk pistol dan sebilah pedang samurai milik keturunan keluarganya yang disisip di belakang badan. Ahli yang lain pula menggunakan dua pucuk pistol.

     Jacob membuka pintu di bahagian mata untuk melihat keadaan luar. Dia memerhati sekeliling sebelum ibu jari diangkat.

     "Kasturi, you may move now. Be careful and stay alert", kata Mikayla lalu kumpulan Kasturi mengatur langkah dengan perlahan ketika Jacob sudah keluar. Sempat dia memesan kepada Risya yang sebahagian daripada kumpulan Kasturi supaya berhati-hati.

     "Lekiu, move now! Be careful and stay alert."

     Lekiu, kumpulan yang terdiri daripada tiga orang iaitu Shaw, Anna dan Adell. Mereka mengangguk mendengar arahan.

     "Let's go, Fendy", arah Mikayla sebagai ketua Lekir dan dibalas anggukan. Gadis itu keluar dengan perlahan sebelum Fendy menutup pintu gerbang tersebut dengan berhati-hati.

     Kumpulan Lekiu dan Kasturi mempunyai tiga orang ahli manakala Lekir hanya dua orang ahli. Kumpulan Kasturi dengan ketuanya, Jacob akan mengetuai perjalanan mereka diikuti Lekiu di tengah di mana ketuanya ialah Shaw. Lekir pula pertahanan dari belakang.

Kasturi
●●

Lekiu
○○

Lekir
○●

     ●= Anak buah Mikayla
     ○= 1. Risya, 2. Anna&Adell, 3. Mikayla

     Langkah diatur perlahan supaya tiada yang tersedar. Sampai di hujung selekoh jalan raya itu, Adell telah terpijak tin Pepsi sehingga terhasil bunyi letupan kecil.

     Mikayla membulat mata saat zombi- zombi yang telah mereka lepasi tadi sudah membuka mata seraya memandang mereka. Keluhan dilepaskan.

     "Damn! Move now! Run!!!"

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

    RISYA memejam mata menahan nafas yang tercungap. Ketika ini, mereka sedang bersembunyi di sebalik rak yang terbalik di dalam sebuah pasaraya. Masing-masing berpeluh kerana baru saja berhenti berlari.

     Mata memandang ketua, Mikayla yang sedang memerhati sekeliling. Riak gelisah jelas terpancar di wajah putih gadis itu.

     Sesekali kedengaran bunyi keluhan terhasil dari mulut Mikayla. Yang lain hanya senyap, tidak berani menegur.

     5 minit kemudian, mereka semua terkejut apabila Mikayla tiba-tiba keluar dari tempat persembunyian tersebut.

Zombie Citiez [OG]Where stories live. Discover now