ZC 3🔫

52 6 0
                                    

     MULUT Anna ternganga apabila sampai ke tempat yang dikatakan Mikayla. Dia memandang Risya yang turut sama terkedu sepertinya. Dia menoleh pula ke arah Mikayla yang sedang tersenyum.

     "Beb,kau biar betul ni?",tanya Anna, tidak percaya dengan apa yang dilihat di depan matanya.

     "Betullah. Buat apa aku nak tipu pulak. Jangan risau,budak-budak aku dah tunggu kat dalam tu. Jomlah", jelas Mikayla lalu mengajak mereka masuk bersamanya.

     Anna hanya menggeleng. Gila ke Mikayla ni? Dia nak ajak aku masuk Petaling Street ni? Sarang gengster kot. Kang mula-mula masuk dah ada intro lawan pedang ke apa, gumam Anna sambil masih memikirkan untuk masuk atau tidak. Risya sudah melangkah bersama Mikayla.

     "Ni kawasan aku,Ann. Takde lawan pedang or kena fight dulu sebelum dapat masuk. Aku berani bertaruh yang Petaling Street ni tak seperti apa yang kau fikirkan. Kalau kau rasa nak jadi bodyguard zombi kat luar tu semua silalah."

     Anna mengalah dan mengikut langkah mereka. Kaki dihentak tanda protes dan muka dimasamkan. Risya yang memandang hanya dibalas jelingan.

     "Amboi,ingat lawa la tu buat muka macam tu", perli Mikayla tanpa memandang mereka berdua. Dia sedang gigih mencari jalan masuk yang terdekat ke kubu utamanya.

     Risya pantas menekup mulut Anna apabila gadis itu ingin menjawab. Pandangan geram dihadiahkan kepada Risya sebelum dia menyedari bahawa tempat itu dipenuhi zombi-zombi yang tegak berdiri. Anna menelan air liur ketika Risya meletakkan jari di bibir tanda senyap. Patutlah Kayla berbisik!

     Mereka hanya mengikut Mikayla tanpa sebarang bunyi.

     Tidak lama kemudian,mereka bertiga berhenti di hadapan sebuah pintu besi. Mikayla mengetuk tiga kali dan menunggu. Kelihatan pintu itu terbuka di bahagian mata menampakkan  seorang lelaki sedang memandang ke arah mereka.

     "Hai,aku ni pun kau dah tak kenal ke?", duga Mikayla sambil tersenyum sinis. Lelaki yang melihatnya itu membulatkan mata dan terus membuka pintu. Beberapa ekor zombi tersedar apabila bunyi bukaan pintu kuat terhasil. Lelaki itu menarik mereka bertiga masuk ke dalam dan menembak zombi-zombi yang menghampiri. Pintu terus ditutup rapat.

     "Sorry,boss. Kitorang memang dah plan nak cari bos tapi bos yang datang dulu."

     "Dah tu korang yang lambat! Tunggu korang ni boleh berjanggut aku! Entah-entah korang belum sampai lagi kitorang tak hidup dah masa tu", jerkah Mikayla membuatkan pekerjanya itu menunduk ketakutan. Anna dan Risya yang sekadar melihat turut merasa debaran.

     Pergh,kuat gila aura tino ni, omel Risya sambil memandang Mikayla.

     "Aku dengar,Risya."

     Terasa dirinya dicekik apabila Mikayla berkata begitu. Alamak,kantoi!

     "Hmm. Mana Jacob dengan Shaw?", tanya Mikayla sambil melangkah ke ruang tengah tempat itu. Kelihatan ada sebuah meja dan kerusi,almari di hujung penjuru kiri dan set sofa di sebelah kanan mereka. Senang cerita,nampak macam ruang pejabat yang memang dikhaskan untuk Mikayla.

     Mikayla menyuruh Anna dan Risya untuk duduk sebelum dia turut melabuhkan punggungnya di sofa panjang itu.

     "Err..ada kat dalam. Saya pergi panggil dia."

     Mikayla hanya mengangguk. Botol air dikeluarkan dari begnya sebelum diteguk rakus. Pandangannya terhala kepada dua sahabatnya yang dari tadi nampak takut-takut dengannya.

     "Hey,girls. Chill. Aku bukannya pukul korang pun",terang Mikayla sambil tergelak memandang mereka.

     "Emm,Kayla. Siapa kau sebenarnya?"

     "Hahaha. Bagus soalan tu,Ann. Hmm, korang ingat yang aku pernah kata aku balik Malaysia ni untuk jaga kawasan ayahanda aku?"

     Anna dan Risya hanya mengangguk.

     "Hah,nilah kawasan ayahanda aku. Petaling Street",balas Mikayla selamba sambil kening diangkat berulang kali.

     Anna terasa hendak pengsan apabila mendengar jawapan Mikayla. Risya hanya beriak selamba walaupun terkejut juga dia mendengarnya.

     Mikayla yang memandang Anna yang terlalu dramatik cepat-cepat melempar botol air mineral ke arahnya. Terteleng gadis itu apabila botol tersebut tepat mengenai kepalanya.

     Mereka tidak sempat bergaduh apabila anak-anak buah Mikayla sudah berkumpul di hadapan mereka. Mikayla terus bertukar serius dan bangun menghadap mereka.

     "Dalam ramai-ramai, empat ekor ni je yang tinggal?"

     "Errr,ya bos. Yang lain semua sudah terkorban."

     Mikayla hanya menggeleng. Apalah, harap badan je besar-besar semua tapi nak survive pun tak boleh, gerutu Mikayla sambil berpusing-pusing di hadapan mereka. Tiba-tiba,dia teringat akan seseorang.

     "Wait,Jacob. Girl tu ada lagi kat sini?"

     "A..ada, bos."

     "Alright. Bring her to me. Let me handle that girl",arah Mikayla dan dibalas anggukan.

     Mikayla menyuruh mereka berehat saja. Tak perlu sampai nak berkawad di hadapannya. Buat sakit mata je.

     "Weh,kau suruh dia bawak budak perempuan ke sini. Siapa?",soal Risya namun hanya dibalas senyuman sinis.

     Anna hanya mengangkat bahu ketika pandangan terarah kepadanya. Dia memilih untuk berehat daripada cari pasal dengan 'kak long kawasan' ni.

     Mikayla hanya diam memejamkan mata seketika sebelum kedengaran bunyi kerusi dihentak ke lantai.

     Mikayla bangun dan mengambil pisau yang dihulur Shaw sebelum menghampiri mangsanya. Perlahan-lahan dia membuka kelubung yang menutup kepala gadis yang terikat di kerusi itu. Kelihatan gadis itu masih pengsan dan terdapat beberapa kesan lebam di wajah putihnya.

     "Kay..Kayla. Kau nak buat ap..apa de..dengan pisau tu?",tanya Anna resah lalu melihat Risya yang turut tidak senang duduk.

     Mikayla melemparkan senyuman sinis sebelum pandangannya difokuskan semula kepada mangsanya.

     Pisau diangkat tinggi dan...

     "ARGH!!"


TBC
 




   Tak tahu nak cakap apa..cite ni makin meleret en😭😭 dhlah chap ni skjap je huuu~ kalau nak sambung baca,silakan dgn segala hormatnya. Lgi digalakkan kalu vote & comment.. thanksss~🤗triple or quadriplet update kpd yg menunggu..luv ya!!❤ 🤘

- raysha_j -

Zombie Citiez [OG]Where stories live. Discover now