ZC 12🔫

28 3 0
                                    

    HANZ memandang keseluruhan bilik itu dan memikirkan cara untuk melarikan diri. Tiba-tiba, matanya menangkap tawa yang terlepas dari mulut wanita yang menjaganya itu.

    "What, b*tch?", sembur Hanz tanpa perasaan.

    "Wow, garangnya. Hahahaha, kau tak perlu susah-susah fikirkan cara untuk keluar dari sini. Cara tu memang tak ada. Kau lupa ke ini tempat Xander? Semua tempat di sini budak-budak dia yang jaga", terang wanita berbaju ungu pekat itu sambil menggoyangkan kaki dan memintal-mintal hujung rambutnya.

    "Whatever. Dia nak lawan dengan aku tapi biar aku terikat macam ni?! Adil ke hah?!"

    "Heh, kau fikir Xander nak ambil kisah tentang adil ke tak?"

    Hanz memandang tempat lain apabila wanita itu ketawa kuat.

    "Aku nak pergi tandas. Buka ikatan ni", arah Hanz sambil menarik-narik ikatan di tangannya.

    "Hanz, Hanz, Hanz. Xander suruh aku jaga kau, maksudnya setiap pergerakan kau aku kena perhati. Sekarang kau nak masuk tandas. Selepas itu apa? Kau buka tingkap kecil di dalam tandas itu pula dan cuba melompat keluar. Begitu?"

    "Apa yang kau merepek? Aku memang sakit perut ni. Kau nak aku terberak atas katil kau ni ke?! Kalau Xander tahu, kau juga yang kena", marah Hanz sambil memejam mata cuba menahan rasa.

    "Apa jaminan yang kau takkan lari?"

    "Seriously?! Aku tengah sakit perutlah, bod*h. Boleh tak kau tanya soalan-soalan tu nanti?!"

    Wanita itu menggulingkan mata lalu menghampiri Hanz. Jelas di telinganya perut Hanz sedang berbunyi tanda sakit, bukan kerana lapar.

    "5 minit. Kau tak keluar, aku yang masuk."

    "Terpulang. Pistol pun ada kat atas meja tu. Kalau aku lari tembak sajalah, apa yang susah?", kata Hanz dengan muka yang berkerut apabila wanita itu teragak-agak ingin membuka ikatan tali tersebut.

    Selesai sahaja wanita itu membuka ikatan, Hanz bertindak mencapai pisau di sebalik seluar namun badannya dirempuh lalu mereka jatuh dari katil.

    Wanita itu mencapai pistol di sisinya namun Hanz lebih cepat menendang tangan wanita itu. Dia tersenyum apabila pistol itu tercampak ke bawah katil.

    Wanita itu menjerit marah lalu merempuh Hanz sehingga terbaring lagi.

    Hanz menepis tangan yang ingin singgah ke mukanya. Dia menolak dagu wanita itu menjauhinya dengan tangan kanan.

    Hanz berpaling ke kiri dan kanan apabila tangan wanita itu ingin mencakar wajahnya. Matanya sedikit membulat melihat pisaunya yang berada berhampiran.

    Dengan sebelah tangan, dia cuba mencapai pisau tersebut. Hanz menarik nafas sekali lalu dia menolak wanita itu ke sebelah. Dia bangun dan pisau terus dicapai.

    Wanita itu terkejut lalu berdiri dengan senyap apabila Hanz mengacukan pisau ke arahnya.

    "Hebat tak aku berlakon? It's really fun bila tengok kau kena tipu hidup-hidup. Kebetulan, masa kau datang dekat dengan aku, perut aku berbunyi. Yeah, mungkin sebab lama sangat duduk kat tempat jijik ni", sindir Hanz lalu tawa sinis kedengaran.

    "Ugh, damn you!", jerit wanita seksi itu dan menghampiri Hanz dengan laju.

    Hanz mengundur lalu dia menangkap tangan kanan wanita itu yang ingin menyentuhnya. Sepantas kilat, badannya dipusingkan dan wanita itu terbalik lalu jatuh ke lantai.

Zombie Citiez [OG]Where stories live. Discover now