ZC 5🔫

38 5 1
                                    

   "NICK, kau sure ke ada orang lagi yang survive?",soal Badrul,curiga dengan pemikiran rakannya itu.

     Nick mengangkat bahu. Dia memeriksa peluru yang masih berbaki dalam raifalnya.

     "Aku tak pasti. Ikutkan memang aku dah tak kisah pasal diorang. Tapi kerajaan yang hantar kita untuk cari yang masih terselamat. Tak pasal-pasal nyawa kita yang jadi taruhan", sinis ayat itu dilontar oleh Nick. Dia menepuk perlahan baju celorengnya bagi mengingatkan Badrul.

     Badrul hanya tersenyum nipis dan mengangguk perlahan.

     "Jihad,bro. Jihad."

     Badrul memandang Raymond yang sedang menguji skop snipernya. Pemuda itu bangun dan menuju ke arah Adam yang sedang mencari siaran radio. Roti yang berada di sisi Adam diambil sebelum mulut menggigit perlahan.

     "Alpha,Charlie. This is Bravo. Our coordinate is 12-47. 12-47. Please send Echo here to backup", lapor Adam walaupun dia tidak pasti ketuanya mendengar pertolongan yang dihantar atau tidak.

     Shkresh..shhh..kreshhh..shhhhhh

     "Macam mana,Mal?"

     "Line tak clear,Nick. Dalam masa 5 minit, aku cuba lapor balik."

     "Okey. Pastikan cuba lagi. Bad,senjata cukup lagi?"

     "Cukup untuk 2,3 hari lagi. Kalau kita tak sempat nak ronda semua kawasan,kita kena patah balik ke kem",terang Badrul selepas mencongak-congak bekalan yang mereka ada.

     "Hmm,okey. Aku rasa kita rest dulu malam ni. Esok,lepas subuh kita gerak", putus Nick selaku ketua kumpulan yang baru ditubuh itu.

     Badrul,Raymond dan Adam berpandangan sebelum mereka mengangguk.

     "Baik,tuan!"

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

     RISYA meletakkan tangan di atas dahi apabila matanya sukar dilelapkan. Dia mengeluh apabila merasakan yang matanya masih segar walaupun seharian mereka berjalan untuk ke 'kawasan' Mikayla. Badannya dibangunkan dan tangannya perlahan-lahan menurunkan tangan Anna yang sedang memeluknya.

     Gadis itu menyelak rambutnya ke kiri menyerlahkan leher putihnya. Dia mengibas lehernya yang terdedah di bahagian kanan itu.

     "Kenapa tak tidur? Panas?"

     Risya memandang ke arah pemilik suara. Senyumannya terhasil namun kelihatan agak kekok.

     "Kau pula? Kenapa tak tidur lagi?",tanya Risya sambil kakinya ditarik rapat ke dada. Kepalanya pula disengetkan di atas lutut, memandang Adell yang menghampirinya.

     "I don't know. Maybe,i'm still shocked."

     Risya hanya mengangguk. Masing- masing mendiamkan diri.

     "Kau.."

     "So.."

     Mereka tergamam sebelum tawa keduanya pecah.

     "Kau dulu,Risya."

     Risya mengangguk dan membetulkan duduknya. Dia ingin bertanya satu soalan kerana dari tadi perkara itu berlegar di fikiran.

     "Emm,apa kes kau ni sampai Mikayla kena kurung kau? I mean apa yang kau dah buat?", teragak-agak Risya menuturkan soalan itu. Dia memandang Adell yang tersenyum.

Zombie Citiez [OG]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum