ZC 8🔫

35 4 0
                                    

3 tahun kemudian...

     SEEKOR rusa jantan sedang senyap menikmati daun pokok yang sedang lebat menghijau. Makanan dikunyah tanpa mengetahui bahawa musuh sedang memerhatikannya.

     Kunyahan terhenti seketika. Haiwan itu mengangkat kepala dan...

     SUPP!!

     Rusa tersebut terus tumbang saat anak panah tepat mengenai perutnya. Bunyi merengek kesakitan memenuhi hutan sebelum pemanah menghampiri. Pisau dicapai dari poket belakang dan rusa itu disembelih. Kalau tak sembelih tapi dia mati sebab anak panah, kira haram untuk makan ye anak-anak...

     Long-dressed hoodie berwarna hitam yang dipakai dibetulkan kedudukannya. Busur disangkutkan ke bahu.

     Dia tersenyum bangga dengan hasil memburunya sebelum haiwan itu diangkat ke atas bahu kiri. Anak panah sudah dipatahkan setibanya dia di situ. Tangan membetulkan busur yang hampir terjatuh di bahu kanan.

     Baru langkah ingin dibuka,kedengaran seseorang memanggilnya.

     "Mike!",jeritan itu membuatkan dia berpaling. Kening diangkat membalas pandangan.

     "Perlu ke panggil Mike?"

     "Mestilah. Baru nampak gempak."

     Mike menggulingkan mata. Hoodie ditarik dan terserlah wajah putihnya yang sedang berkerut. Mukanya memerah menahan kepanasan.

     "Kenapa panggil aku? Panas ni, Kaira. Aku nak balik rumah."

     Kaira tersengih menampakkan gigi putihnya. Dia mengangkat tangan menunjukkan beberapa ekor ikan di dalam bakul rotan. Mata kail disangkut di belakang badan.

     "Hah, yelah. Paaandai Kaira tangkap ikan ye? Good girl", puji Mike sambil mengusap kepala Kaira. Gadis itu terus menepis dengan muka tidak puas hati.

     "Hish. Bukanlah, Mikayla. Aku nak tunjuk yang aku bawa balik ikan. Banyaklah lauk kita malam ni. Tu je", terangnya sambil mula berjalan menghampiri Mikayla yang sudah bergerak.

     Mikayla hanya mengangguk lalu membetulkan kedudukan rusa di atas bahunya itu supaya tidak terjatuh. Darah yang mengalir mengotori hoodienya tidak diendahkan.

     Masing-masing senyap sehingga mereka tiba di pintu pagar belakang rumah. Mikayla melaung memanggil orang di dalam rumah namun tiada sahutan. Laungan dikuatkan bersama Kaira.

     Selepas beberapa ketika, Adell menghampiri lalu membuka pintu itu yang hanya memuatkan seorang untuk melepasinya.

     Kaira mendahului diikuti Mikayla dari belakang. Rusa diturunkan di tepi dinding belakang rumah. Kelihatan sebuah paip di situ dan rakannya yang lain sedang minum petang di meja kecil bersebelahan pintu belakang.

     "Banyak dapat?", tanya Anna sambil memasukkan kerepek Mister Potato ke dalam mulut.

     "Bolehlah. Sekor rusa dengan tiga empat ekor ikan tilapia. Kaira tangkap ikan", terang Mikayla sambil duduk di sebelah Risya. Badan disandar dengan tangan mengurut bahu. Berat okey,rusa kot!

     "Wah!! Bolehlah buat BBQ malam ni", Adell menepuk tangan tanda teruja. Risya dan Anna mengangguk sambil tersenyum.

     "Suka hatilah korang nak buat apa tapi jangan bakar kat luar. Aku takut ada benda datang. Tembok sekeliling rumah ni bukannya tinggi sangat."

     Mereka mengangguk apabila Kaira yang bercakap. Jarang jugaklah nak dengar suara dia. Sekali bercakap,semua patuh.

     "Hmm,buatlah macam yang Kaira kata. Aku nak naik mandi. Risya,dah nak senja make sure semua orang dah masuk", arah Mikayla lalu menyisip sedikit jus oren di hadapannya. Air member kita rembat je!

Zombie Citiez [OG]Where stories live. Discover now