ZC 7🔫

36 5 2
                                    

     LAPAN mata setia memandang ke satu arah tanpa berkelip.

     Mikayla yang melopong memandang Anna meminta kepastian.

     "Kau pasti ke ni tempat tu?", curiga Mikayla apabila mereka akhirnya tiba di sebuah kawasan tanah tinggi yang  menempatkan sebuah rumah agam.

     Anna menggaru kening. Matanya sekejap pandang depan,sekejap pandang peta yang diberi ayahnya itu.

     "Err,betullah. Aku ikut peta ni je weh."

     Masing-masing terdiam. Risya memerhati sekeliling pagar besar rumah agam itu sehingga terhenti di satu tempat.

     "Kay. Tu", memuncung mulut Risya menunjukkan ada pintu di belah kanan mereka. Mikayla mengangkat kening lalu ditarik Anna supaya mengikutinya.

     Anna terasa ingin jatuh saat Mikayla menariknya tanpa sedar. Jelingan dihantar tetapi kaki masih mengikut.

     Kening mereka berkerut. Dah tu,nak buat apa sekarang?

     Anna menghampiri pas sekuriti yang memerlukan suara sebagai akses. Dia memandang kumpulannya sekilas sebelum berdehem.

     "Anna Delaila Datuk Seri Jufri."

     Krik krik...

     Ting ting!

     "Welcome,Miss Anna."

     Serentak dengan itu, pintu gerbang yang seperti tembok tinggi di hadapan mereka berbunyi kuat sebelum perlahan-lahan terbuka.

     Mikayla memandang sekeliling. Dia terus menyuruh mereka untuk masuk ketika bunyi 'benda' yang tidak dijemput itu semakin menghampiri.

     Gadis itu terus menekan butang 'close' di dinding selepas melintasi tembok itu. Nafas lega dihembus apabila pintu itu sudah tertutup.

     Kepala didongakkan ke atas memandang rumah agam itu. Hmm,besar.

     Mata dipaling ke kiri pula melihat kawasan luar rumah tersebut. Nice, boleh jog.

     Mikayla mengangkat tangan ketika Risya melaung menggamitnya.

     Pintu utama rumah itu terbuka dan kelibat rakannya semua sudah lama masuk ke dalam rumah itu.

     Mikayla memberi salam perlahan selepas membuka kasut. Matanya terpegun. Wow!

     Kelihatan mereka semua sedang duduk menghilangkan penat di atas sofa kecuali Anna yang baru keluar dari dapur. Tangannya sengaja dipusing-pusing sambil memerhati sekeliling.

     Mikayla menghempaskan badannya di atas sofa panjang di hadapan Adell dan Risya. Ah, akhirnya!

     "Adell. Aku nak kau ubah password kat luar tu. Senang kalau kita semua boleh akses", arah Mikayla sambil memejam mata. Adell hanya mengangguk.

     Baru gadis itu ingin terlena, nafasnya terasa sesak seketika apabila ada beban yang berat menghempap badannya. Mata dibuka dan jelas di pandangannya Anna selamba badak berbaring di atasnya.

     "Kau ni. Terkejut aku. Bagilah signal dulu", bebel Mikayla dengan dahi yang berkerut.

     "Biarlah. Aku pun nak baring", posisinya diselesakan sambil bibir mencebik.

     Mikayla hanya diam. Badan kecil Anna ditarik rapat ke tepi sofa supaya tidak terjatuh. Hailah, macam-macam budak ni.

     Matanya terkebil memandang kipas yang berputar. Tangan kiri diletakkan di belakang kepala manakala tangan kanan awal-awal lagi di'conquer' Anna. Ada ke patut buat lapik kepala. Ingat bantal ke?

Zombie Citiez [OG]Where stories live. Discover now