ZC 14🔫

35 5 2
                                    

    MATA terus dibuka apabila terjaga dari pengsan dan pandangan pertama yang dilihat ialah..siling bilik?

    Badan cuba dibangunkan namun pergerakan terhenti apabila terasa sakit yang mencucuk di rusuk kanan. Dia memandang bawah dan melihat terdapat balutan di rusuk kanannya merentasi rusuk kiri. Baju kemeja putihnya juga tiada meninggalkan singlet hitam sahaja.

    Tangan membetulkan singlet yang terselak menyerlahkan balutannya. Dia memandang sekeliling dan mula bangun dengan perlahan. Kemejanya di birai katil dicapai lalu disarungkan ke badan.

    Langkah perlahan dibawa ke luar bilik apabila mendengar suara beberapa orang sedang berbual. Hilang kerutan di dahinya dari tadi selepas tiba di ruang tamu rumah itu.

    "Hanz, awak dah bangun. Meh sini saya bawak awak duduk", kata Sara lalu mengambil tangan kirinya dan diletakkan ke atas bahu. Pinggangnya dipegang sebelum mereka berjalan ke sofa.

    "Hah, sedar pun kau. Ingatkan nak tidur lama lagi", bebel Kai lalu bangun dari situ dan berjalan menghampiri mereka.

    "Aku nak rest kejap, dari semalam aku berjaga. Steve, kejut aku setengah jam sebelum nak gerak", arah gadis berambut pendek itu sambil membuka jaket kulitnya.

    Steve tersengih dan mengangguk. Dia hanya menghantar Kai yang melintasi Sara dengan pandangan mata.

    "Uh", nafas dilepas ketika Sara membantunya duduk. Dia mengerut kening apabila melihat seseorang yang tidak dikenalinya sedang menghidangkan air kopi dan meletakkan pinggan berisi biskut tawar ke atas meja.

    "Siapa pula ni?"

    "Oh, ni penghuni rumah ni sebelum kita masuk. Masa mula-mula masuk semalam memang diorang angkat senjata tengok kita tiba-tiba masuk then Kai yang tukar situasi", terang Steve sambil mengambil sekeping biskut dan disumbatkan ke dalam mulut.

    "Tukar situasi?"

    "Ya, Kai pula ugut mereka. Lagipun, kita hanya nak menumpang, bukan nak menyerang."

    Hanz mengangguk lalu menyisip sedikit air kopi yang sudah dituang oleh Steve. Cawan lain yang berisi air itu juga dihulurkan kepada Sara yang berdiri. Dia mengajaknya untuk duduk.

    "Hanz, lupa nak tanya. Siapa ni?"

    Hanz yang sedang membetulkan bajunya yang tidak berbutang memandang Steve sambil tersenyum nipis. Tangan naik melindungi rusuknya yang masih terasa berdenyut.

    "Dia ahli baru kumpulan kita. Kenalkan diri kau", arah Hanz kepada Sara yang senyap duduk di sebelahnya.

    Baru sahaja gadis itu ingin membuka mulut, ada suara yang menahan.

   "Woah, kejap. Macam mana dia boleh tiba-tiba jadi ahli kumpulan kita?"

    "Dia bantu kita keluar dari situ."

    "Heh, sejak bila Hanz ambil kisah pasal orang luar ni?", sinis Lay bertanya lalu pergi ke dapur.

    Berkerut kening Hanz mendengarnya. Lya dipandang namun yang dibalas hanyalah gelengan.

    "Dia tak percayalah tu kau rekrut budak baru", bidas Steve sambil membaling-baling bola getah kecil yang dijumpainya. Dia berhenti bermain apabila tiada balasan.

    "Apa? Aku salah cakap ke?", soalnya apabila melihat Hanz merenungnya tajam. Matanya dialihkan ke arah Sara ketika Hanz menghantar isyarat.

    Kepala digaru melihat Sara yang menunduk. Langkah dibawa mendekati gadis itu.

    "Weh, sorry kalau kau terasa. Aku Steve", tangan dihulur untuk bersalaman. Sara mengangkat muka dan menyambut huluran lambat-lambat.

    "Sara. Nina Qaisara."

Zombie Citiez [OG]Where stories live. Discover now