ZC 9🔫

30 4 0
                                    

     JIP yang memuatkan 3 orang di bahagian hadapan dan 6 orang di bahagian belakang telah berhenti di hadapan sebuah bangunan yang dahulunya terkenal sebelum zaman apokalips.

     Hon dibunyikan sekali sebelum pintu gerbang yang menutupi isi dalamnya terbuka. Pedal terus ditekan supaya tiada 'benda' yang mengejar dari belakang. Gerbang terus ditutup selepas jip itu masuk.

     Kelihatan beberapa orang telah turun dari jip itu berserta raifal di tangan masing-masing. Muka mereka jelas menunjukkan yang mereka tidak gentar kepada sesiapa kerana tiada senyuman yang dipamerkan. Kecuali...

     "Wah! Inilah Pekan Raja yang selalu disebut tu", jerit seseorang kepada rakan-rakannya yang telah turun dari jip. Kiranya dialah yang terakhir.

     Ahli kumpulannya masing-masing diam. Malas mahu melayan.

     "Are we done? Let's move", arah salah seorang yang merupakan ketua bagi kumpulan itu. Yang lain hanya senyap sebelum langkah dimulakan.

     Banyak mata-mata memerhati mereka yang baru sampai. Ada juga yang berbisik- bisik sehingga ahli kumpulan itu roll eyes tanda meluat.

     Mereka melalui pasar di kiri dan kanan yang menjual pelbagai barang termasuk senjata api sehingga berjumpa seorang lelaki berbadan besar sedang berdiri di hadapan sebuah pintu.

     Mata mereka terarah kepada seorang lelaki yang berjalan di hadapan mereka.

     "Wow! Budak-budak buat apa datang sini. Lebih baik korang blah sebelum korang tak dapat keluar dari sini hidup-hidup", kata lelaki itu sambil menolak bahu salah seorang ahli itu.

     Lelaki itu menjerit kesakitan apabila tangannya dipusing dan dipulas.

    Lelaki berbadan besar tadi ingin menghampiri sebelum sebilah pisau berada di lehernya.

     "Dah tak nak hidup,geraklah kalau berani", cabar rakannya.
Tangan lelaki itu tidak dilepaskan malah makin kuat dipusingnya.

     "Arghh,sakitlah! Siapa korang ni?! Sesuka hati datang buat onar kat sini", jerit lelaki itu dalam kesakitan. Tangannya dilepaskan dan badannya terdorong ke belakang. Lengannya yang sakit diusap sambil memandang kumpulan di hadapannya dengan tajam.

     Seorang ahli yang paling hadapan selaku ketua mereka menghampiri lelaki tadi dan mendekati cuping telinganya.

     "I am HM. Or maybe you know Hanz?", bisikan itu mengundang kejutan dalam diri lelaki tersebut. Dia terus menunduk sambil meminta maaf. Lelaki berbadan besar tadi terus membuka pintu apabila disuruh.

     "Silakan masuk", kata lelaki tadi sambil menunduk.

     Mereka hanya memandang tajam sebelum melangkah masuk ke dalam. Langkah kaki diteruskan melalui lorong yang sedikit gelap sebelum si ketua menarik tirai yang menutupi laluan jalan.

     Senyuman sinis dilempar saat mata memandang ruang di dalam.

     Kelihatan dua orang lelaki sedang bertumbuk di tengah-tengah di mana orang ramai mengelilingi membentuk bulatan kecil. Lampu yang dipasang tidak ubah seperti di dalam disko. Turut kelihatan beberapa lelaki yang duduk di tepi sambil tangan setia memegang arak dan sedang bermesra dengan perempuan atau lebih tepat lagi di sini mereka digelar 'pelacur'.

     Mereka tidak kisah melayan sesiapa asalkan dapat habuan dan dapat kekal hidup. Itulah apa yang didengar oleh kumpulan ini.

     Langkah diatur mengelilingi tempat itu untuk mencari tempat duduk sementara menunggu. Sang ketua memandang ke atas. Dari sudutnya, dapat dia melihat tingkat atas yang diterangi warna neon adalah disediakan bagi sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat seks. Macam mana dia tahu? Well,of course dia dah suruh anak buah dia periksa awal-awal tempat ni. Terdapat banyak tingkap menguatkan firasatnya bahawa banyak bilik yang digunakan untuk khidmat tersebut.

Zombie Citiez [OG]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora