Bab 9

69 7 0
                                    

Seminggu Helena tidak bertemu dengan Akhyar,mereka sekadar menghantar pesanan melalui aplikasi whatsapp dan telefon begitu sahaja. Almaklumlah Helena sendiri sibuk di kolej manakala Akhyar pula sibuk dengan perlawanan untuk musim baharu.

******

Helena dan rakan rakanya sedang menjamu makanan tengahari di sebuah cafe yang masih lagi terletak di dalam kawasan kolej itu. Helena menjamu makanannya dengan begitu selera namun dia tidak berasa selesa dan dapat merasakan seperti ada sepasang mata yang asyik memandangnya sedari tadi.

" kau pahal Helena? ,aku tngk dari tadi dok usya sekeliling..takkan nak makan pun nk tngk sekeliling dulu ".

Tegur wany apabila gadis itu melihat kawannya asyik memerhati sekeling.

" takdelahh ,aku rasa macam ada orang dok usya aku ahh dati tadi ".

Helena menjawab sambil menggaru leher jinjangnya.

" takde apa lah tu ,dah dah makan je ".

Sengaja kawannya berkata begitu untuk menyedapkan hati Helena yang sudah tidak tenteram.

Memang dia selalu diperhati,tapi hanya sekadar student student lelaki ingin mengusiknya. Akan tetapi pandangan yang dirasakan ketika ini amat berbeza.

Sebaik Helena dan wany usai menjamu selera mereka bergegas ke library bagi mencari sedikit sumber sumber maklumat di situ.

Helena dan wany berjalan di depan sebuah Taman untuk beristirehat, sambil mulut mereka tidak berhenti bercakap itu ini..akan tetapi semuanya terhenti apabila Helena dapat merasakan yang dia telah dilanggar oleh satu susuk tubuh .

Sehingga Helena jatuh terjelopok di atas lantai dan buku bukunya juga turut beselerak di situ.

" bro,tak nampak ke camna? Kelam kabut pun tengok la orang sama der ".

Tegas teguran wany  kepada lelaki di depan mereka itu. Lalu menolong Helena bangun dari posisinya yang sebelum. Lelaki itu sekadar meminta maaf namun tidak pun menolong Helena untuk bangun semula.

" kau okay tak ni Helena ? ".

" okay je,dia tak sengaja la tu ".

Lembut balasan Helena yang sedang mengutip buku buku yang di pegangnya,lalu membersihkan sedikit seluar jeansnya yang terkena habuk habuk di lantai.

" maaf, saya tak sengaja. Btw awak okay tak ? ".

" takpe takpe ".

Sebaik Helena menghabiskan ayatnya dia terua memandang wajah lelaki yang berada di depannya kini.

Matanya terbeliak, mulutya kini bagai di jahit ,kaki yang berasa tidak mampu begerak dan kini dia sendiri sudah kaku melihat figura di depannya.

Wany yang hanya jadi pemerhati bertambah terkejut apabila bukan Helena seorang sahaja yang berkeadaan begitu malah lelaki itu pun sama.

" woi Helena,kau pahal ? ".

Wany menepuk Bahu Helena bagi mengejutkan Helena dari lamunan .

" ahh,jomm..".

Helena terus menarik wany dan berlalu meninggalkan lelaki itu disitu .

******

Di dalam library Helena cuba menyibukkan dirinya supaya dapat melupakan tragedi dan lelaki itu tadi. Namun satu kerja pun tidak jadi,fikirannya merasa runsing pada ketika itu.

" kau okay tak ni Helena,dari tadi macam tak boleh fokus ".

" btw,siapa mamat yang langgar kau tadi ? Kau kenal ke ? ".

𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 ✓Where stories live. Discover now