Bab 25

102 9 0
                                    

Helena membuka matanya perlahan, dia cuba untuk menggerakkan tanganya. Namun sukar apabila dia dapat merasa ada tangan lain yang menggengam erat lengannya.

Walaupun Helena cuba mengehadkan pergerakannya, Akhyar tetap tersedar dari lena.

" HELENAAA, awak dah sedaq ".

Akhyar kalut kalut mendekati Helena.

" saya mintak maaf kalau dah ganggu awak tidur ".

Kuyu mata Helena berserta nada suara yang lemah.

" dak aih sayang. Awak okay? ".

Akhyar membelai perlahan pipi polos Helena.

" saya okay. Kenapa awak tak salin lagi baju? Awak pergi salin dulu yer ".

" sat lagi la ".

Helena hanya memerhati Akhyar yang sedang mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Akhyar membuka kotak cincin tersebut dan mencapai tangan Helena lalu menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Helena.

" semalam saya tak sempat nak sarung cincin kat jari awak. Sebab tu saya nak sarung lani ".

Helena mengambil pula lagi satu bentuk cincin lalu menyarungkan ke jari Akhyar pula.

Helena dan Akhyar tersenyum senget.

" tq sebab masih sudi jadi suami saya walaupun awak tahu kekurangan saya ".

Wajah pucat itu masih lagi cuba untuk mengukirkan senyuman.

" tq jugak sebab awak sudi jadi bini saya. Saya harap awak dapat teman saya sampai ke syurga ".

Akhyar memandang tepat ke wajah Helena.

Helena sekali lagi menghadiahkan sekuntum senyuman buat suaminya.

Helena sekali lagi menghadiahkan sekuntum senyuman buat suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Helena mengucup sekilas tangan suaminya.

Akhyar menghadiahkan sekuntum senyuman buat isterinya dan terus keluar meninggalkan Helena bersorangan.

******

Usai sahaja solat isya, Akhyar duduk di birai katil Helena dan menyikat rambut ikal mayang isterinya itu.

Sebak di dada Akhyar apabila banyak rambut Helena gugur saat dia menyikatnya.

" ok,dah lawa dah ".

Akhyar mencuri pandang wajah Helena.

" terima kasih Suamiku ".

" sama sama kasih bidadariku ".

Balas Akhyar sambil merapikan rambutnya yang jatuh ke dahi.

" dah baring ".

Akhyar menyuruh Helena baring. Helena akur sahaja dengan suruhan Akhyar.

Helena menarik nafasnya dalam dalam, dia sangat berasa sakit. Sakit yang dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk di tafsir.

𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 ✓Where stories live. Discover now