Bab 24

54 6 0
                                    

Helena duduk di birai katilnya. Dia mendail nombor telefon milik Akhyar, ada perkara penting yang hendak di beritahu barangkali.

ON THE PHONE

" Assalammualaikum, yatt ".

Lembut nada suara Helena memberi salam.

" waalaikummussalam, ha awat call tengah tengah malam ni? " .

Suara Akhyar sedikit mamai, mana tidaknya . Lelaki itu sudah pun enak di buai mimpi.

" maaf la kalau ganggu. Saya ada benda penting nak cakap dengan awak, saya tak boleh tidur bila saya fikirkan hal ni ".

Suara Helena kedengaran tegas .

" awat Helena? Apa lagi yang buat awak risau sampai laguni?".

" Akhyarr, masih sempat kalau awak nak batalkan rombongan meminang tu esok. Akhyarrr, lucimia saya dah stage 4. Awak tak rasa  buang masa ke kahwin dengan saya? ".

Akhyar bagai di panah sementara. Terkejut dengan apa yang dikatakan Helena.

" doktor ni salah bagi ubat ka lagumana. Helena benda apa la awak merapu ni. Kalau saya rasa kahwin dengan awak tu salah dan satu benda yang buang masa, hari awak bagitau awak ada lucimia tu jugak la saya tinggai awak. Helena boleh dak jangan pikiaq sangat pasal benda tu , kalau awak pikiaq pasai benda tu sampai bila bila pon kepala awak sakit. Saya nak bina rumah tangga saya dengan awak , saya nak ada keluarga dengan awak . Awak paham en? ".

" Ermm " .

Lemah suara Helena di hujung talian.

" dah p tidoq . Jangan tidoq lewat sangat, satgi lagi benda pelik pelik awak pikiaq ".

Suruhan Akhyar hanya di balas dengan jawapan yang pendek. Helena bersegera mematikan talian.

Helena duduk di meja kecilnya lalu membuka buku diarinya dan menulis.

Jika harus ku bersabar dengan segala derita
Ku terima,
Jika pahitnya terasa bagai di penjara tanpa bicara
Ku rela.

Selain dari ayat pendek itu , ada sesuatu yang Helena tulis di atas kertas. Sesuatu yang amat panjang. Apakah isi yang terkandung ? .

Kepenatan membawa Helena ke dalam lena yang nyenyak. Dia tertidur di meja tersebut.

*****

Seminggu sudah lalu, majlis perkahwinan Helena dan Akhyar juga bakal menjelang.

Helena dan Akhyar hanya bertemu saat menguruskan hal perkahwinan mereka.

Hari ini juga hari terakhir mereka bertemu sebelum tiba pada lusa hari.

Pada lusa hari, kedua mempelai itu bakal di ikatkan dengan ikatan yang sah, namun ikatan yang sah itu selalu di soal oleh Helena. Bertahan lamakah ikatan yang sah ini?. Dia sendiri berbolak balik dengan fikirannya.

" awak ada nak singgah mana mana dak? Makan dulu ka? Apa ka? Lagipun awak tak makan ubat lagi an? ".

Bertalu talu soalan yang di ajukan oleh Akhyar.

" takde, nanti balik rumah la saya makan ubat. Saya betul betul penat, saya nak balik rehat ".

Helena membalas soalan Akhyar seperti mahu tidak mahu.

𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 ✓Where stories live. Discover now