Bab 21

72 7 0
                                    

Helena dan Akhyar berjalan di sepanjang sawah padi itu. Mereka berjalan untuk pulang ke rumah nenek Helena.

Dari jauh mereka sudah dapat melihat syafiq di bawah pokok kelapa yang sambil mendukung anaknya, masih tertumpu pandangan menghadap mereka berdua.

" awak tengok Syafiq. Dia dok tengok kita noh ".

Kata Akhyar walaupun tangannya masih memegang tangan Helena.

" dah tau abang saya tengokkk. Lepas la tangannya saya , nak mampus ".

Akhyar baru sedar yang dia belum pun melepaskan tangan Helena.

Dari jauh syafiq mengankat jari telunjuknya tanda dia memberi amaran.

Akhyar menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Jom, ikut yat ".

" nak pergi mana? ".

" Mak saya suruh bawak awai p rumah saya. Dia habaq dia nak kenai kenai dengan bakal menantu dia ni ".

" Hahaha, ok jom ".

Lemah nada suara Helena. Helena terus berjalan meninggalkan Akhyar.

Akhyar tersenyum nipis. Dia berasa begitu gembira kerana dapat menawan hati gadis itu semula, akan tetapi rasa sedih juga ada pada dirinya apabila mengetahui penyakit Helena. Perubahan pada diri Helena amat ketara.

Helena sekarang tidak seperti Helena yang dulu. Helena lebih kurus berbanding dahulu, wajahnya juga semakin pucat seolah olah kehilangan banyak darah. Matanya yang kuyu menambah sebak di hati Akhyar.

Oleh sebab itulah Akhyar nekad yang dia akan mengikat gadis itu dengan melamarnya pada hari ini.

Mereka tiba di belakang rumah Helena.

Aki dan wan Helena sibuk sedang mengait buah kelapa. Malah syafiq pula sedang menuang air kelapa ke dalam jug.

" Aairaa. Lama tak jumpak ".

Akhyar terus mengambil Helena dan di gendongnya lalu terus menurunkan sebuah ciuman di pipi bayi comel itu.

" wan, Helena nak keluar pergi rumah Mak Akhyar sekejap boleh ".

Pujuk Helena sambil memeluk neneknya dari belakang.

" hang tu okay ka? Satgi kot pengsan ka apa ka. Tak naya si Akhyar tu ".

" okay je la wann. Orang tak sabar ni nak jumpa bakal mak mertua ".

Helena biarkan percakapannya separa berbisik agar tidak di dengari oleh syafiq.

" ERMHHH, MIANGGNYA buah kelapa ni ".

Syafiq yang sedang membuang kulit kelapa itu sengaja memerli Helena.

" sebok ".

Helena menjeling sekilas ke arah abang kesayangannya itu.

" pi la. Jangan lama sangat nah ".

" Tq Wan , muah ".

Helena terus menghadiahkan ciuman di pipi tua itu dan berlari masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaian.

" pik ".

Akhyar memanggil Syafiq.

" ha kenapa? ".

Akhyar berbisik sesuatu kepada Syafiq.

" Ohh. Wan, Aki. Duduk dulu, Akhyar ada benda nak cakap sikit ".

Syafiq memanggil Atok dan neneknya duduk di pankin kayu itu.

" wan dengan Aki pon keluarga Helena. Saya dah dapat keizinan dari mommy dengan daddy Helena. La ni yat nak mintak keizinan dari wan dengan aki pulak ".

𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 ✓Where stories live. Discover now