Bab 19

81 4 0
                                    

Walaupun berat dugaan yang menimpa Helena, dia tidak lupa tanggungjawabnya terhadap ilahi.

Usai sahaja solat subuh, Helena mengambil sedikit masa momohon doa dengan ALLAH S.W.T .

" ya allah, aku redha dengan ujian yang engkau berikan pada ku ya allah. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Ya allah kau pelihara dan lindungilah ahli keluargaku . Jika benar Muhmd Maliqi Akhyar ialah imam yang kau kurniakan untuk membinbing aku ke jalan yang benar,maka kau peliharahlah lelaki itu. Sesungguhnya aku amat merindui lelaki itu ".

" sesungguhnya kau maha kuasa lagi maha penyayang ".

Helena mengaminkan doanya. Dia duduk termenung di atas sejadah dan masih di selimut oleh telekung. Dia mengambil Handphonenya. Dia membuka gambar swafoto dirinya bersama Akhyar.

Dia menitiskan air mata saat merenung gambar lelaki itu. Dia memejam mata buat seketika, dia memicit kepalanya yang tidak henti sakitnya dari semalam.

Sejak penyakit itu mula tumpang di badannnya, dia sentiasa berasa tidak sihat dan dia juga bukanlah Helena yang dahulu.

Dia masih lagi bersimpuh di atas sejadah dan kepalanya di sandarkan di tepi katil. Penglihatannya mula kabur , dua tiga saat penglihatannya sudah gelap. Helena terlena dengan begitu sahaja.

*****

Akhyar berjalan di tepi sawah padi sambil menghirup udara segar di waktu pagi. Dia merapikan rambutnya yang jatuh menutupi kening , akibat tiupan angin sepoi sepoi di sawah padi.

Dia menyandarkan badannya di pokok kelapa sambil menyilangkan kedua belah tangannya.

" okay dak? Abah tengok dari sampai semalam dok laguni ".

Entah dari mana lelaki tua itu muncul sambil membawa buah kelapa di kedua belah tangannya.

" eh, bila abah kat sini? ".

Akhyar beriak bersahaja.

" lama dah aih, hang yang dok tengok bendang tu ".

" tak jawab pon soalan abah ".

Lelaki tua itu cuba menyoal lagi sekali sambil membelah buah kelapa.

" okay ".

" HAHAHAHA, 22 taun nah abah bela hang,bukannya 2 hari ".

Sengaja lelaki tua itu memerlinya.

" macam macam la Pak Shid ni , jom kita masuk dalam . Mak dok tunggu dah tu nak makan ngan laki dia ".

Akhyar sengaja ingin menyorokkan kesedihannya.

*****

Syafiq masuk ke dalam bilik Helena apabila ketukannya tidak di beri respon.

" Ya allah , kenapa tidoq tak bukak dulu telekungnya ".

Syafiq mengejutkan adiknya .

" adik bangun ,bangun ".

Helena bangun dan dan membuka telekungnya lalu di sangkut di dalam almari.

" nangis lagi ke ? ".

Syafiq bertanya sambil meletakkan sejadah adiknya di rak.

" taklah ".

Syafiq sengaja tidak mengendahkan adiknya. Walhal dia menyaksikan segala gerak geri adiknya sewaktu solat subuh tadi.

Syafiq yang hendak keluar dari bilik Helena , berpaling semula apabila Helena memanggilnya.

" abang ".

Syafiq mengankat kening. Teserlah kekacakannya.

" kejap lagi, Helena nak ke air terjun, boleh? ".

𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 ✓Where stories live. Discover now