Bab 27 ( ENDING )

245 8 0
                                    

Akhyar duduk bersorangan di atas batu besar itu. Seluarnya di sisir hingga ke paras lutut, dia merendamkan kakinya di dalam air terjun yang sejuk itu.

Dia mengambil buku Diari milik Arwah Helena yang di bawa bersamanya.

Dia menulis sesuatu di atas kertas tersebut.

Kemarin dunia terlihat sangat indah.
Bersamamu merasakan ini semua.
Melewati hitam putih hidup ini.
Bersamu,
Kini,
Sendiri di sini.
Mencarimu tak tahu di mana.
Semoga tenang kau di sana selamanya.
Aku selalu mengingatmu.
Doakanmu setiap malamku.
Semoga tenang kau di sana
Selamanya.

Akhyar melipat kertas yang telah di tulis sesuatu di atasnya menjadi bentuk kapal. Kemudian dia melepaskan kapal tersebut ke atas air.

Akhyar membiar kertas lipatannya di bawa arus.

Dia ingin melepaskan segala yang terbuku di dada , dia ingin semuanya berlalu pergi seolah olah kapal yang di bawa arus.

Akhyar tersenyum tawar seketika apabila mengingati Helena yang begitu gemar menulis di atas kertas kemudian dilipat menjadi origami kapal dan di lepaskan di atas air.

Akhyar tersedar dari lamunannya apabila terlihat Nurrais yang berada du hujung dan tidak jauh darinya.

Idea nakal di dalam kepalanya sudah muncul.

Dia menulis sesuatu di atas kertas

Kerana peribadinya aku terpesona,
Kerana budinya aku jatuh cinta.

Akhyar melipatkan kertas tersebut juga kepada bentuk kapal dan di lepaskan ke arah Nurrais.

Cepat cepat Akhyar beredar dari situ, agar Nurrais tidak sedar akan kehadirannya di situ.

Sengaja dia menulis sebegitu dan memberinya kepada Nurrais. Dia mahu Nurrais menyedari yang dua PERKARA itulah yang membuatkan dia jatuh cinta dahulu dengan Nurrais dan juga Helena.

PERIBADINYA dan BUDINYA. Dua perkara itulah yang membuatkan Akhyar pernah memberi hati seikhlasnya kepada kedua dua gadis itu.

******

Akhyar berjalan menghampiri emaknya yang berada di bawah pokok kelapa tersebut , secara tidak langsung dia terus memeluk figura tua itu dari belakang.

" masyallah , terkejut mak hang tau dak. Melampau sungguh la. Aku gedabi tak naya budak ni " .

Wanita tua itu terus menenangkan dirinya sendiri.

" hahahaha. Mak ni, yat peluk pon terkejut ".

Balas Akhyar sambil merapikan rambutnya.

" halaa, boleh mai peluk orang tiba tiba. Bukan nk bagi salam ka apa ka dulu ".

Belum sempat Akhyar membalas. Emaknya terlebih dahulu memintas.

" jangan dok kerap sangat layan perasaan. Tu kawan hang mai tu, tunggu lama dah. Ada dalam rumah nuh ".

Emaknya terus menunding jari ke arah rumah mereka.

𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 ✓Where stories live. Discover now