Bab 18

75 6 0
                                    

Helena menumpukan seluruh perhatian kepada abangnya.

" abanggg, cakap laa. Jangan buat Helena tertanya tanya la ".

Helena cuba menggoyangkan tangan yang masih digenggam erat oleh abangnya.

Syafiq menarik nafas dalam dalam sebelum memperjelaskan.

" adik. Adik sebenarnya adaa a-ada lucimia ".

Terhambur ketawa Helena di buatnya.

" Hahahaha, Helena tahu yang abang memang suka mempermainkan Helena dari kecik lagi ".

" HELENA, ABANG TAK MAIN MAIN "

Syafiq menekan nada suaranya untuk menunjukkan kepada Helena yang dia tidak bergurau.

Helena diam seketika. Wajahnya  di tundukkan ke bawah. Dia senyap tanpa suara dan begitu juga Syafiq. Hanya bunyi aircond yang memenuhi ruang.

" stage ? ".

Ringkas soalan Helena.

" 2 ".

Syafiq terus menarik Helena ke dalam pelukannya.

" arhhhhhh ".

Helena meronta untuk di lepaskan. Dia menangis teresak esak di situ. Dia menggelumpur dan cuba mencabut wayar di tangannya.

" HELENAA ".

Syafiq menarik sekali lagi Helena ke dalam pelukannya. Dia membelai sesaat rambut adiknya dan menjatuhkan ciuman di ubun ubun adiknya.

" kenapa, kenapaaa ".

Helena masih lagi menangis .

Mereka terus toleh memandang pintu yang dikuak dari luar. Terpacul figura Akhyar di situ. Akhyar cuba menghadiahkan senyuman buat Helena lalu berjalan mendekati katil Helena.

" kau keluar , keluarrrr . Aku cakap keluar keluarrr".

Helena membaling bantalnya ke arah Akhyar. Bukan Akhyar sahaja yang di halau, Syafiq juga di halau sebegitu rupa.

" Koranggggg keluarrr. Tolonglahh. Helena nak bersendirian ".

Akhyar terus menarik tangan Syafiq yang beriak serba salah, untuk terus keluar dari wad tersebut.

Helena membawa lutut merapati dadanya, dia masih lagi menangis.

" errr, mommyy".

Dalam tangisannya dia tidak henti memanggil ' Mommynya'.

*****

Di dalam kereta, Helena hanya senyapkan diri dan memandang kosong di atas lebuhraya.

Sesaat ada juga air mata yang mengalir.

Syafiq mencuri pandang Helena melalui cermin atas. Dia juga turut berduka melihat adiknya sebegitu. Oleh sebab itu jugalah , dia memenuhi permintaan Helena untuk membawa gadis itu ke kampung.

Sesungguhnya gadis itu memang mahu bersendirian. Helena meninggalkkan Akhyar tanpa sebarang alasan. Ke pergiannya pun tidak di beritahu kepada Akhyar. Dia ingin jauh daripada lelaki itu.

Ya, dia takut kalau dia akan mencintai dan akan membuat lelaki itu mencintainya sedalam dalamnya dan akhirnya pergi meninggalkan lelaki itu. Dia tidak mahu perkara itu terjadi.

Pada Helena biarlah Akhyar mencari kehidupan baru. Cukuplah dia dapat berkongsi bahagia bersama lelaki itu hampir setahun setengah.

*****

POV AKHYAR

Akhyar mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bersama kakak dan kawan rapatnya.

𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 ✓Where stories live. Discover now