Bab 20

64 7 0
                                    

Helena bangun untuk solat subuh. Selesai mengambil wudhuk dan memakai telekung, dia duduk sementara di birai katil sambil menunggu azan berkumandang dan yang lain siap.

Dia mencapai phonenya dan menaip mesej.

" Asalam, jangan lupa bangun solat subuh. Saya rindu awak ".

Helena menghantar pesanan tersebut kepada Akhyar.

Tiba tiba dia menyentuh rantai di lehernya. Rantai pemberian Akhyar sewaktu pertama kali mereka berdating.

Dia membuka loket berbentuk love itu, terpapar gambar dirinya di sebelah, manakala gambar Akhyar di sebelah. Gadis itu menyentuh gambar Akhyar. Matanya tidak lari dari memerhati gambar lelaki itu.

" Helenaa, cepat . Azan dah tu ".

Helena terus berhenti dari lamunan apabila neneknya sudah pun memanggil dirinya.

" ye Wan ".

Lemah nada suaranya, dia terus berjalan ke luar biliknya sambil membawa sejadah.

*****

" Alani, tolong ambik phone paksu sat kat ataih rak tu ".

Akhyar menyuruh anak saudaranya mengambil phonenya yang terletak di atas rak di sebelah TV .

" tq ".

Akhyar menghadiahkan senyuman buat anak saudaranya itu. Walaupun dia sedih, dia tetap cuba mengukir senyuman apabila bersama sama keluarganya.

" erhh,halah ".

Akhyar memerhati anak saudaranya yang berlalu pergi.

Dia menekan button ON di phonenya.

" 1 masagge, sapa pulak dah ".

" HELENAAA ".

Akhyar menggosok sepasang matanya untuk memastikan yang dia tidak salah membaca bahawa pesanan tersebut dari Helena.

" Asalam, jangan lupa bangun solat subuh. Saya rindu awak ".

" Ya allahh betoi ka ni ".

" Hafzaaaaa ".

Akhyar menjerit memanggil kakaknya.

" padia hang ni , jerit jerit macam beruk ".

Hafza jalan mendekati Akhyar.

" hang tengok ni ".

Hafza mencapai phone yang di hulur oleh Akhyar.

" uishh,biaq betoi ".

Terbeliak biji mata Hafza. Dia memandang wajah adiknya yang beriak gembira.

" dia dah okay la sikit kalau laguni. Apa kata hang call Syafiq, hang couting ngan dia untuk jumpak Helena ".

" Ha sat ".

Akhyar terus berjalan ke luar rumah. Dia terus menghubungi Syafiq.

" pik, angkat la ".

Akhyar bagaikan kucing hendak beranak selagi Syafiq tidak menjawab panggilannya.

" ha pik ".

" assalammualaikum ".

Syafiq sengaja memerli Akhyar yang menerjahnya sebegitu.

" pik hang kena tolong aku. Aku tak kisah la ribut ka taufan ka tsunami ka. Aku nak jumpak Helena ".

Belum sempat Syafiq bersuara , Akhyar masih lagi menyambung.

" aku siap siap balik KL ni ,kita jumpak kat sana nah ".

𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 ✓Where stories live. Discover now