Bab 26

137 6 0
                                    

Yang lain sudah pun beredar. Hanya Akhyar sahaja yang masih berada di kubur yang masih merah itu.

Akhyar memegang batu nisan yang sudah pun terpahat dengan nama NUR HELENA SANDRA BINTI MEGAT ZAIN . Akhyar mengesat air matanya yang bakal jatuh membasahi pipi.

" yat betoi betoi tak sangka yang Helena akan tinggai yat ".

" takpalah, yat balik dulu. Senang senang nanti yat mai jenguk Helena lagi nah. Assalammualaikum ".

Akhyar bangkit dari duduknya dan terus melangkah longlai meninggalkan tapak perkuburan itu.

Sayu hati yang tidak lagi bertepi. Tapi siapalah dia untuk melawan takdir yang maha esa. Pemergian isterinya yang tidak sampai 48 jam di nikahinya itu membawa luka yang tidak mampu di gambarkan.

******

Akhyar menjamah sarapannya dengan sedikit sekali. Sedikit itu pun susah untuk di habiskan.

Akhyar menilik sebentar pesanan yang masuk di phonenya. Dia tidak berasa pun untuk membalasnya segera.

Asyik Akhyar hanya bermain dengan makanannya sempatlah dia bermonolog sendirian .

" sejak dia tiada. Tiada lagi bunyi mesej yang aku tertunggu. Hanya bunyi noitifikasi dari group yang memenuhi ruangan chats. Sunyi. Hidup aku berasa tiada erti. Jauh di sudut hati mengharapkan kau tiba,walaupun kau sendiri mencetus hiba ".

" woii, kalau takmau makan. P la basuh pinggan nuh. Toksah dok main makanan lagutu. Tak baik ".

Sengaja Hafizul menegur Akhyar sebegitu. Walhal, dia sendiri kasihan melihat Akhyar yang sebegitu.

" hang satgi terus balik kampung ka? ".

Hafizul menyoal Akhyar lagi apabila dia seolah olah tidak di layan.

" dak lagi. Aku nak p rumah mak mertua aku sat. Lepaih tu baru aku suruh Hafza mai ambik aku ".

Akhyar bangkit dan terus berlalu ke dapur.

******

Hampir setengah jam Akhyar berperang dengan kesesakan lalu lintas, akhirnya dia tiba di rumah Banglo ibu mertuanya.

" Assalammualaikumm "

Salam Akhyar cepat di jawab. Kehadirannya seolah olah di nanti nantikan.

" waalaikummussalam, ha sampai dah . Mai masuk dulu meh ".

Dato Rozita Hilma memanggil Akhyar masuk ke dalam rumah agam itu.

" ha duduklah ".

Akhyar melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang utama itu. Terkenang sebentar dia saat Helena pengsan dan di baringkan di sofa tersebut.

" Akhyar, akhyarr ".

" ahh, unty. Sorry sorry ".

Dato Rozita Hilma dan Dato Megat zain saling tersenyum.

" pasaipa pulak unty. Mommy laa, Akhyar pun menantu mommy jugak lani . Kalau Akhyar dah kawin lain pun nanti, mommy nak yat tetap panggil mommy dengan panggilan mommy ".

Akhyar tersenyum manis ke arah ibu dan bapa mertuanya.

" terima kasih mommy. Aaa, sebenaqnya ada apa mommy suruh yat mai sini? ".

𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang