BAB 1

1.1K 23 3
                                    

Sayu menyelebungi perasaan Amar ketika ini. Ini Kali pertama baginya untuk keluar rumah pusaka itu. Entah bila pulak dia akan pulang.  Semakin lama semakin berat kaki Amar ingin melangkah.

Tambahan pulak, tiada lagi penghuni di rumah itu. Selalunya akan ada seseorang akan menyapa dirinya ketika dia hendak keluar. Namun orang sudah tiada lagi. Hanya tinggal kenangan saja yang akan dia ingati sampai hujung hayat nya.

Amar letakkan beg pakaiannya ke pintu keluar. Dan dia memandang semula ke dalam rumah yang sepi tu. Gugur air matanya, bila dia terbayang wajah Arwah Hajjah Sakinah yang sedang tersenyum padanya.

Bukan mudah bagi Amar untuk melepaskan segala kenangan yang ada bersama Arwah Hajjah Sakinah. Namun apakah daya, terpaksa jua dia melangkah pergi dari rumah itu.

Amir abang kedua Amar mula menghampiri dan mengambil beg pakaian Amar. Lalu dia menggosok belakang adik nya itu. Dapat Amir rasakan, bertapa sukar nya Amar mahu meninggalkan rumah ini secara tiba-tiba.

" Adik dah bersedia ?. Kalau belum, ambil masa Adik lagi. Tak apa, Angah boleh tunggu. Angah turun bawah dulu ye. " Pujuk Amir sambil menjinjing beg Amar itu.

Melihat Amar berdiam. Amir terus meninggalkan Amar berseorangan.  Perlahan-lahan Air matanya mengalir ke pipi lagi. begitu sebak dia rasakan, hendak meninggalkan rumah itu.

Apabila Amar sudah sedikit tenang. Baru lah Amar menarik pintu rumah itu, lalu di kunci, setelah dia menjadi orang yang terakhir yang keluar dari rumah itu. dengan berat hati, Amar mula turun ke bawah.

Tersenyum kecil Amar sebaik saja dia turun dari rumah. Bila dia memandang pada pasangan suami isteri.

" Dah lah tu toksah hang dok teriak...nanti hang balik sini lagi. " Kata haji Suhaimi sambil menghampiri pada Amar. Lalu dia mengelap sisa air mata  di pipi.

" Wan...." Terus Amar memeluk tubuh tua tu dengan erat.

Hiba sungguh hati Amar hendak meninggalkan orang yang
  menjagahidup bersendirian

" Hang dik, jaga diri elok-elok na, duduk sana jaga perangai hang tu, dengar sama cakap orang. Takut orang kata, aku ni tak pandai nak ajar cucu aku sorang ni. " Pesan haji Suhaimi terhadap Amar, yang sudah di anggap sebagai cucu nya.

Sebak rasa di hati Haji Suhaimi selaku Datuk saudara Amar. bila dia terpaksa melepaskan, satu-satu cucu yang ada dengannya. Ikutkan hatinya dia tak mahu melepaskan Amar pergi, tapi dia tahu Amar perlu kembali kepada keluarganya setelah kematian adik ipar nya.

" Insyaallah Wan, Adik cuba akan jaga diri Adik. Wan pun sama na, Jaga diri Wan tu elok-elok. kalau ada apa-apa, terus telefon Adik. Jangan dok berahsia pulak, kalau Adik dapat tau, Adik terus lari balik sini. " Pesan Amar sambil menggugat pada haji Suhaimi.

" Ye lah, Wan tau tu. "

" Adik sayang dekat Wan. Wan jaga diri elok-elok na. " Luah Amar sambil berpesan seakan tidak sanggup meninggalkan haji Suhaimi. Lalu dia memeluk  tubuh tua tu lagi

Makin sukar untuk Amar meninggalkan orang yang amat dia sayangi. Pertama kali dia akan berjauh dengan orang yang dia kenal.

" Hang jangan nak risau sangat pasal kami ni, Pandai lah kami jaga diri kami lagu mana. Hang tu yang aku risau la ni. " Uji Haji Suhaimi dengan nada risau.

" Takut aku, kalau hang dok wat perangai hang kat sana. Sapa nak tegur hang, kalau hang dok wat perangai gila hang tu. Takut aku adik..." risau saja Haji Suhaimi hendak melepaskan Amar pergi.

" Kak liya kan ada, nanti dia lah yang akan tegur Adik. Wan jangan susah hati, Adik takkan buruk nama Wan lah, pandai Adik nanti jaga diri Adik macam mana. " Ujar Amar dengan nada sedih.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now