Rindu💕

4.1K 250 44
                                    

"Hah kenapa semua letih semacam ni?Tadi dah sahur kan?" Wardah menggelengkan kepalanya melihat anak pelajarnya yang kelihatan tidak bermaya itu.

Terdapat beberapa pelajar yang merehatkan kepala di atas meja.

"Teacher...I feel so sleepy right now" adu Airin kepada Wardah.

Wardah hanya tersenyum sahaja.

"Okay fine. I give all of you ten minutes. Go to the toilet and wash your face or do something to get rid your sleepiness"ujar Wardah.

Hampir separuh daripada mereka keluar ke tandas untuk membasuh muka. Ada yang bangun untuk bersenam. Dan yang paling best sekali...ada orang yang tidur terus.

Yelah dah masuk tengah hari jadi memang perasaan mengantuk tu datang dengan serta merta.

"Alahai baru seminggu kita puasa dah penat"

Sementara menunggu para pelajarnya masuk ke dalam kelas kembali, Wardah mencapai telefonnya untuk menelefon suaminya.

Sekarang Irfan telah kembali ke kem. Jadi anak mereka telah dijaga oleh ibu bapa Wardah. Esok pula akan dijaga oleh ibu bapa Irfan. Alah bergilir gitu.

"Assalamulaikum abang"

"Waalaikumussalam sayang. Sayang...sorry tau abang tak sempat nak call sayang. Abang busy sikit sekarang. Sorry tau. Jangan marah abang eh?"

Wardah tersenyum kecil.

"Takpe. Saya tak kisah pun sebab saya tahu yang abang sibuk. Kalau abang dah free sikit abang call lah saya sebab anak abang tu haihh susah betul dia nak tidur. Bagi dia peluk baju abang baru nak tidur"

Sejak Irfan kembali ke kem, Hilya memang susah sangat nak tidur. Bagi peluk baju baba dia baru dia boleh tidur.

"Alolololo Hilya rindu baba dia...ibu Hilya tak rindukan baba ke?"

Wardah menahan senyumannya.

"Ibu  tak rindu pun baba"

"Yelah tu...entah-entah ibu Hilya tak boleh tidur sebab baba takde kat sebelah kan"

Wardah tertawa kecil."Saya bukan macam abang okay. Cakap orang sedap tapi diri sendiri..." balas Wardah selamba.

"Sampai hati ann tak rindu abang. Abang rindukan sayang sangat-sangat tau. Nak peluk sayang. Nak peluk ibu nak peluk baby"

"Yelah yelah. Dahlah abang. Saya dah kena sambung class ni. Nanti abang call lah saya bila dah free sebab ibu pun rindukan baba. Okay lah bye. Assalamualaikum"

Laju saja Wardah memutuskan talian kerana tidak mahu Irfan mengusiknya lagi.

*****

Selepas talian diputuskan, bibir Irfan tidak lekang dengan senyuman.

Haihh macam manalah aku tak makin sayang pada Wardah kalau dia macam ni. Eii nak je aku balik sekarang pergi peluk dia!

Umar yang sedang lesu itu dipandangnya.

"Dah dah lah Mar. Tadi kau baru je on call dengan Syasya. Takkan dah rindu kot. Bini kau tu tak pergi mana pun. Ada je kat rumah" tempelak Irfan kepada Umar.

Umar mencebikkan bibirnya.

"Aku nak balik. Huwaa aku nak peluk bini aku!"

Irfan menggelengkan kepalanya.

Umar berdecit kegeraman.

"Elehh kau! Kau pun lebih kurang macam aku. Malam-malam kau duk tatap gambar bini kau" tempelak Umar tidak mahu kalah.

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now