7🍭Ex-fiance

11.7K 538 21
                                    

"Umi tak sabar sangat sekarang ni.Kalau  ikutkan hati umi,umi nak je Wardah dan Irfan nikah malam ni jugak"ujar Hajah Suhaila sambil tersenyum lebar kepada bakal menantunya.

Wardah hanya tersenyum manis.

"Kalau macam tu kita cepatkan jelah"celah Haji Imran,ayah kepada Irfan sambil tergelak.

"Hahahahahaha"

"Sabar jelah Su.Tak lama dah ni.Hujung bulan ni dah nak langsung"sampuk Puan Aisyah dalam tawanya.

"Ehh Irfan?Meh lah sini.Yang kamu tercegat je kat situ kenapa?"Encik Khalid,ayah kepada Wardah mengajak Irfan yang hanya berdiri di tepi pintu sambil memerhatikan mereka.

Dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir,Irfan mendekati Encik Khalid lantas dilabuhkan punggung di sebelah lelaki tua itu.

"Fan"

Baru sahaja melabuhkan punggung,suara kakak Irfan menarik perhatiannya.

"Ada apa kak?"

Irdina mendekati adik lelakinya itu."Ada orang datang.Dia nak jumpa Fan"beritahu Irdina dengan senyuman yang nipis.

"Siapa?"

*****

Amni dan Irfan sama-sama berdiam diri sambil memandang langit yang dihiasi dengan bintang-bintang.

"Irfan"

"Amni"

Kedua-dua mereka saling berbalas pandangan.

"Majlis perkahwinan tu awak akan teruskan ke?"tanya Amni dengan suara yang lirih.Dia cintakan Irfan tapi umi Irfan tidak mahu menerima dirinya sebagai menantu.

"Maybe yes maybe no"balas Irfan dengan keluhan berat yang berat.

"Awak memang dah tak sayangkan saya ke?"

"Bukan macam tu Amni.Saya tak nak jadi anak derhaka pada umi saya.Saya tak boleh bantah apa yang umi saya nak"keluh Irfan lagi.

Amni yang cantik berbaju kurung itu memandang ke sisi.Dia sayangkan Irfan dan dia tahu Irfan juga mempunyai rasa yang sama sepertinya dirinya.

"Itu ke tunang awak?"mata Amni melorot pada figura Wardah bersama keluarganya yang sudah mahu pulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Itu ke tunang awak?"mata Amni melorot pada figura Wardah bersama keluarganya yang sudah mahu pulang.

Irfan turut sama memandang ke arah Wardah.

"Haah.Tulah dia.Nama dia Syifa' Mawardah"jawab Irfan.

"Cantik.Patutlah umi awak berkenan"nada suara Amni mula mengendur.

Tiba-tiba mata Irfan bertemu dengan mata Wardah.Wardah hanya memandangnya kosong sebelum memandang Amni yang berdiri di sebelahnya.

Pada tika itu Irfan berasa seperti dia sedang mempermainkan perasaan dua orang perempuan.Dan perasaan itu sangat menyesakkan dadanya.

Amni atau Wardah??

Yang mana satu pilihannya??

*****

Tiga hari berlalu selepas majlis di rumah Irfan.Hubungan Irfan dan Wardah seperti tidak terjadi apa-apa kerana mereka masih lagi seperti kebiasaannya.

Wardah kembali duduk di atas kerusi selepas menyuruh para pelajarnya membuat esei Bahasa Inggeris sehingga siap sebelum menyerahkan kepadanya pada hujung masanya.

"Teacher"

"Yes?"

"May i go to the toilet?I want to pee"sengih Adam.

Wardah tergelak sebelum dia menganggukkan kepalanya tanda membenarkan.

Dengan pantas Adam bergegas ke tandas.Sewaktu dia mahu keluar,Adam berselisih dengan Mei Ling.

Knock knock!

Wardah menoleh ke arah pintu.Ternyata Mei Ling sedang berdiri di situ.Dengan segera Wardah berjalan ke arah kawan baiknya itu.

Dengan segera Wardah berjalan ke arah kawan baiknya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ada apa?"

"Sorry ganggu you Wardah tapi..."

"Tapi apa Mei?Ada something happen ke?"tanya Wardah lagi.

"Ada orang nak jumpa you.Tu yang I datang sini cari you.Sebenarnya dia tanya class you sebab dia nak tahu junpa dia terus tapi I tak kasi"jelas Mei Ling dengan serius.

"Sape yang cari I?Irfan ke?"

"Bukan Irfan.Tapi...Qalif.Your ex-fiance"

Wardah terus terdiam seperti sedang memikirkan sesuatu.Dia memicit pelipisnya dengan dahi yang berkerut.

"Dia ada kat mana sekarang?"

"Bilik guru"

"Hmm okay.Btw you tolong tengokkan class I kejap.You takde class kan sekarang so please tengokkan class I.Kejap je"

"You memang nak jumpa dia ke?Pasal class you ni boleh je I tolong tengokkan"

"Dia yang sanggup datang sini untuk jumpa I so...pergi jelah kan.Ada lah tu dia nak bagitahu something.Btw I pergi dulu okay"

Dengan segera Wardah mengorak langkah ke arah bilik guru dengan perasaan yang agak berdebar.





















K done😌
Bekas tunang Wardah dh muncul dh🌚
Agak2 Irfan ok ke🤔🤔
Pape pun enjoy jelahh

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now