19🍭 Malu

15.8K 567 28
                                    

Wardah melangkah masuk ke dalam biliknya sambil menepuk leher dan bahunya yang terasa lenguh itu.Seharian melayan tetamu berserta photoshoot untuk photos wedding di pantai tadi benar-benar memenatkannya.

Tombol pintu dipusingkan.Maka terbukalah pintu biliknya itu.

Kelibat Irfan dicarinya."Mana pulak dia ni?"

Bunyi pancuran air kedengaran.Ouhh patutlah...tengah mandi rupanya.

Lace yang tersangkut di atas kepalanya cuba dibuka oleh Wardah namun tidak berjaya.Gadis itu bergerak ke arah cermin.Dia mencuba lagi namun tidak berjaya.

"Aduhh macam mana nak bukak ni?"rungut Wardah.

Memang kalau nikah memang kena pakai benda ni ke?Haihhh siaplah gerangan yang cipta benda alah ni?!

Sedang dia cuba menanggalkan lace tersebut daripada kepalanya, tiba-tiba ada tangan yang menyentuh tangannya.Dah lah sejuk semacam.

Woii siapa tu???

"Biar saya yang buat"

Irfan?

Wardah terus menoleh ke belakang.Terbeliak matanya apabila melihat tubuh kekar milik Irfan yang terdedah itu.Dah lah pakai kain tuala saja.

Badan anggota askar memang macam ni ke?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Badan anggota askar memang macam ni ke?

Matanya turun melihat six packs yang cantik terbentuk di perut Irfan.Dasar mata!Kau menderhaka pada aku!

Wardah terus melarikan diri daripada Irfan.

"Laaa kenapa pulak lari?Saya nak tolong awak bukak benda tu daripada kepala awak"ujar Irfan seraya bercekak pinggang.

Fuhh Irfan memang nampak seksi seksa pada tika ini menyebabkan Wardah berasa sangat malu.Walaupun Syamil yang berbadan kekar dia pernah tengok tapi yang Irfan ni...lain!

Kenapa lain?Jangan tanya sebab aku sendiri tak ada jawapan nya

Wardah memalingkan mukanya ke arah lain.

"Kalau ye pun pakailah baju dulu.Tak malu ke tunjuk badan kat orang"geram Wardah.

Irfan tergelak.Rupa-rupanya sebab aku tak berbaju ke dia lari macam tu sekali haihhh isteri...

"Yelah yelah.Itu pun nak malu ke"gelak Irfan seraya mencapai bajunya yang terletak elok di atas katil sebelum menyarungkan ke badannya.

"Saya tak pernah tengok badan lelaki selain daripada abah dan Syamil okay"gerutu Wardah.

"Yelah yelah.Sorry.Dah cepat meh sini.Saya tolong bukakan"ditarik lengan isterinya agar dekat dengannya.

Wardah hanya diam sahaja membiarkan sahaja perbuatan suaminya.

Tidak lama kemudian,lace yang berada dia atas kepala berjaya ditanggalkan.

Wardah menarik nafas lega.

"Thanks"

"Welcome"

Dengan segera Wardah mula membuka shawl putih yang dipakainya kerana berasa rimas seharian memakai shawl tersebut.

Pin-pin yang dicabut diletakkan di atas meja sebelum shawl itu ditanggalkan daripada kepalanya.

Maka terserlahlah mahkotanya yang selama ini dia sorokkan di sebalik tudungnya selama ini.

Sanggulnya dibuka kerana seharian menyanggul rambutnya.

Fuhh lega...

Sedang dia melurutkan rambutnya dengan menggunakan jari jemarinya,dia berasa seperti ada mata yang galak memandang dirinya.

Gulp!

Baru dia teringat yang Irfan turut berada di dalam bilik ini.Wardah menggigit bibirnya.Bodoh kau Wardah! Pehal kau boleh lupa pasal Irfan?!

Dengan perlahan-lahan Wardah memandang ke arah Irfan yang sedang duduk menghadapnya di birai katil.

Ternyata Irfan memandang dirinya tidak berkelip lebih-lebih lagi pada rambut ikal mayang milik Wardah.Debaran yang terasa di dadanya benar-benar terasa.

Mati kau Wardah!

"Errr saya pergi mandi dulu...Okay bye!"dengan pantas Wardah berlari masuk ke dalam bilik air bersama pakaian pengantin yang masih membaluti tubuhnya kerana terlalu malu.

Wardah mengunci pintu bilik air dengan debaran yang memalu dadanya.

"Wardah...macam mana kau boleh lupa pasal Irfan?Aduhh dasar nyanyok!"gumam Wardah.





















K done🌺♥️
So how?Okay tak?
Hahaha btw Wardah ni pamalu jugak eh
Yang Irfan ni lain macam je tengok😗
Pape pun enjoy jelahh yerr😜

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now