10🍭Dia Nampak Lain

11.1K 563 11
                                    

"Amni..."

Gadis itu hanya diam.

Irfan mengeluh berat.Dia sendiri tidak mahu semua ni berlaku namun dia terpaksa.Semua perasaan dia perlu jaga.Walaupun Wardah sendiri memberi green light untuk dia supaya membatalkan pertunangan mereka,namun Irfan tidak sanggup.

"Jadi awak akan teruskan majlis perkahwinan tu...Takpe lah Irfan.Saya terima kalau itu yang awak nak"Amni tersenyum sedikit.

Melepaskan seseorang yang kita sayang memang sangat sulit tapi apa pilihan yang dia ada sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melepaskan seseorang yang kita sayang memang sangat sulit tapi apa pilihan yang dia ada sekarang.

"Saya takde niat nak sakitkan hati awak Amni... Saya betul-betul minta maaf"ujar Irfan lagi.

Keputusannya adalah keputusan yang sangat menyakitkan untuk dia dan Amni.

Dia sayangkan Amni tapi...itu tak bermakna dia akan berkahwin dengan Amni jika memang Amni bukan jodoh dia.

"No it's okay.Saya pun tak nak sesakkan kepala awak dengan masalah kita.Apa-apa pun...saya doakan awak bahagia.

Saya pergi dulu.Assalamualaikum"Amni cuba bermanis muka sebelum beredar dari cafe tersebut.

"Waalaikumussalam..."keluh Irfan.

Tanpa dia sedari ada mata yang memandang.Gadis itu memandang lama ke arah Irfan sebelum melepaskan keluhan yang panjang.

"Awak betul-betul tekad nak kahwin dengan saya sampaikan awak rela lepaskan orang yang awak sayang?Beraninya awak Irfan..."

*****

Irfan datang ke sekolah untuk menyaksikan perlawanan bola tampar yang bakal di adakan di sekolah tersebut.

Kelihatan ramai pelajar yang berpusu ke arah dewan.Irfan memandang telatah setiap pelajar di situ.Dia tersenyum nipis.

Kenangan sewaktu bersekolah dulu terlintas di benak fikirannya.Irfan tersenyum sendiri.

"Haihh rindu pulak masa zaman-zaman sekolah dulu.Bila lah nak jumpa diorang balik.Yang aku jumpa pun si Umar sorang je"Irfan tergelak.

Memanglah asyik jumpa sebab Umar bekerja sebagai askar juga sama seperti dirinya.

"Abang!"

"Ehh Syamil"senyum Irfan.

"Nak pergi dewan jugak ke?"tanya Syamil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nak pergi dewan jugak ke?"tanya Syamil.

"Haah lah.Nak tengok orang main bola tampar.Nasib baiklah kakak Syamil tu baik hati ajak abang tengok hari ni kalau tak...memang lambat lagilah abang nak datang sini balik"gelak Irfan.

"Hahahaha okay jom!Tapi sebelum tu Syamil nak pergi beli air jap.Abang nak ikut tak?"tanya Syamil.

"Abang ikut Syamil lah"putus Irfan seraya mengikuti Syami ke arah koperasi sekolah.

*****

"Kakak Syamil mana?"

"Teacher Wardah kesayangan semua orang tu ada kat bilik sukan rasanya.Ada hal katanya.Entah Syamil pun tak sure"Syamil menjongketkan kedua-dua bahunya.

"Kak Wardah tu memang cikgu bola tampar ke?"

"Haah.Lagipun akak memang pro bab-bab bola tampar ni.Akak tu nampak je kecik tapi sekali dia pukul bola... fuhh kuat!"ujar Syamil lagi.

"Dia dah lama ke main bola tampar?"

"Sejak sekolah rendah lagi.Akak memang minat main bola tampar ni.So sampai ke hari ni dia main bolah tampar tapi sebagai jurulatih lah"sengih Syamil.

Irfan menganggukkan kepalanya tanda faham.

Nampaknya banyak yang dia tidak tahu tentang Wardah.Wardah terlalu perahsia kalau dengan dialah.

"Tu akak dah datang!"Syamil melihat teruja melihat kakaknya yang lengkap berpakaian sukan memasuki dewan bersama bola tampar di tangannya.

"Wow..."

Irfan kelihatan terpaku melihat Wardah.Untuk pertama kali dia melihat Wardah yang tidak mengenakan jubah ataupun baju kurung.

Wardah nampak...cool?

Entahlah tapi Wardah nampak lain.Lebih-lebih lagi dengan senyuman lebar di bibirnya tatkala bercakap dengan cikgu-cikgu di situ.

"Cantik..."

"Hah?"

Terkulat-kulat Irfan dibuatnya.Dia tergelak kekok sambil mengusap belakang lehernya.

"Takde papelah"

Buat malu je kau ni Irfan!🤦




















K done🍭😂
Hehe enjoy jelah yerr 😁

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now