Raya

2.4K 73 8
                                    

Di pagi hari takbir raya berkumandang dan di setiap rumah sudah bersiap-siap untuk ke surau ataupun masjid berdekatan bagi menunaikan solat pagi raya. Sebelum Irfan berangkat, dia menyiapkan keperluan isteri dan anaknya terlebih dahulu. Hilya masih belum terjaga daripada tidur jadi tidaklah riuk rendah dengan suaranya.

Irfan yang membantu isterinya membersihkan badan dan dia turut sama menyarungkan baju kurung moden ke tubuh isterinya. Wardah memang menegah namun Irfan yang tertegas mahu melakukannya.

Rambut panjang serta ikal milik isterinya dikeringkan menggunakan pengering rambut sebelum disikat. Wardah tersenyum kecil.

"Dah dahlah. Abang pergi bersiap cepat. Kata nak sembahyang raya lepas ni. Saya boleh uruskan diri saya sendirilah" Wardah menjegilkan bebola matanya pada sang suami. Irfan menggelengkan kepalanya tanda menolak.

Tangan Irfan lincah menyapu toner, serum serta moisturizer ke wajah Wardah. Dan terakhir sekali adalah sunscreen. Wardh hanya mampu mengalah sahaja. Membazir air liur je rasa.

Selepas Irfan berpuas hati barulah dia mencium berulang kali bibir Wardah smabil tersenyum puas hati. Wardah menggelengkan kepalanya. Suka hati abanglah.

"Sebelum abang nak ambil air wuduk semula" tutur Irfan.

Tanpa menunggu lama, Irfan segera menonong masuk ke dalam bilik air untuk mengambil air wuduk yang telah terbatal tadi gara-gara menyentuh sang isteri.

"Sayang, abang pergi dulu. Nanti tengokkan Hilya. Kot-kot dia terbangun" pesan Irfan sebelum dia melangkah keluar daripada kamar mereka ini. Wardah hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Kaki dan lengannya masih belum pulih. Cuma sekarang dia memakai anduh.

*****

"Nak minta maaf ke nak duit raya?" tempalak Wardah.

Syamil mengemam bibirnya.

"Alah samalah tu. Sambil-sambil minta maaf, orang hulur duit raya hah kita tolong ambik je. Orang dah bagi takkan nak tolak pulak. Lagipun adik akak ni tengah miskin sekarang" balas Syamil bersama nada yang dibuat-buat sayu. Irfan tertawa mendengar ujaran adik iparnya itu. Macam-macamlah si Syamil ni. Dia putar belit pulak dah. Straight to the point jelah Syamil.

"Hah ibu baru je selesai bersiap. Nak duit rayalah tu. Dia dah besar panjang nak duit raya lagi ke?" Puan Safiyah melangkah keluar dari kamarnya. Dia sudah selesai bersiap dengan tema royal gold sedondon dengan suaminya.

Syamil memandang ibunya dari atas sampai bawah dengan mimik muka yang sukar untuk dijelaskan.

"Amboi ibu. Kuningnya. Ibu ni dah macam orang nak kahwin" kata Syamil sambil tersenyum miring. Kemain lagi ibu ni. Kuning menyala. Hmm kalau abah tak adalah nampak sangat kuning tu memandangkan abah hanya memakai kurta berwarna royal gold bersama seluar slack.


P/S; CHAPTER TIDAK LENGKAP


INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT DIPERSILAKAN UNTUK MENDAPATKAN EBOOK DARIPADA SAYA.

TERIMA KASIH

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now