36🍭Nasihat Guru

13.1K 527 44
                                    

Hampir seminggu Irfan berada di kem tentera dan selama itu jugaklah mereka hanya on the phone hampir setiap malam.

Tapi tulah setiap kali Irfan menelefon dirinya pasti masa tu Wardah berasa mengantuk.Kesian Irfan hanya memandang sahaja dirinya yang tertidur.

Entah lah sejak akhir akhir ini dia kerap kali berasa penat.Kadang-kadang dia tertidur untuk tempoh waktu yang agak lama.

Di dalam kelas Wardah memerhati setiap tindak tanduk anak muridnya yang sedang menyiapkan kerja yang diberinya sebentar tapi.

Matanya tertumpu pada Syaza yang seperti tidak fokus.

Mata remaja perempuan itu acap kali mengerling pada Adam dan Erina.

Mereka bertiga memang berkawan baik dan dia tahu akan perkara itu.

Berkawan baik...

Wardah tersenyum sedikit.Dia seperti dapat menangkap sebab kepada Syaza tidak fokus.Dia pun pernah muda okay so memang tahu sangat pasal benda ni semua.

"Guys!Stop your work now"Wardah bersuara tenang.

Kesemua mereka saling berbalas pandangan kepelikan.Dah kenapa pulak?Tadi suruh buat ni tiba-tiba je suruh berhenti.

"Emm actually i have something to say but awak semua nak dengar ke?So kerja tu awak sambung buat kat rumah and esok pastikan semua dah hantar pada saya atas meja saya.

Saya nak membebel kejap.Boleh pinjam telinga tak?"ujar Wardah tiba-tiba sambil tersenyum nipis.

"Teacher nak membebel apa?"sampuk Qayyim sambil tersengih.

"Pasal couple"

Terus riuh rendah kelas tingkatan lima itu.Masing-masing tak senang duduk.

"Ehem!"

Wardah tergelak.Tahu sangat akan perangai anak-anak muridnya.

"Actually kan...ada di antara awak yang kena panggil ke bilik disiplin kan sebab hal couple ni?But...korang still tak serik kan?"Wardah menggelengkan kepalanya.Senyuman masih dikekalkan seperti biasa.

"Saya nak tanya awak.Boleh someone tolong jawabkan?Kenapa korang couple? Sumpah saya nak tahu kenapa"tanya Wardah.

Mereka semua hanya diam sahaja.

"See actually awak sendiri takde alasan.And semua tu hanyalah nafsu semata-mata.Awak suka dia sebab dia handsome.Sebab dia cantik.Sebab dia kaya je kan?"nada Wardah agak sinis pada tika ini.

"Mana ada teacher.Saya betul-betul sayangkan dia"salah seorang pelajar menyampuk tidak berpuas hati.

"Ouhh betul-betul sayangkan dia? Jadi bila awak nak halalkan dia?"

"Apa teacher ni...saya muda lagi lah.Tak pikir lagi benda-benda macam tu"balasnya.

"Ehh tahu rupanya muda lagi.Tapi ada hati nak anak dara orang.Sebenarnya saya nak nasihat sikit.Sebagai seorang guru, saya nak pelajar saya menjadi orang yang berguna.

Hormat perempuan seperti mana awak hormat ibu atau kakak atau adik awak.Jangan jadikan hubungan yang tak tentu hala tuju tu sebagai landasan untuk awak sesuka hati pegang anak orang.

And for perempuan pulak...Nabi Muhammad SAW sendiri berusaha untuk menaikkan martabat kita sebagai seorang perempuan jadi jangan letakkan maruah kita sebagai perempuan di tapak kaki.

Awak bagi dia sentuh awak atas alasan dia boyfriend awak tapi awak kena ingat yang ajal dan maut itu di tangan Allah.Awak bagi dia pegang awak tapi pada akhirnya bukan dia yang ditetapkan untuk awak...awak tak rasa macam bersalah ke pada bakal imam awak nanti?

Pikirkan lah wahai anak pelajar semua.If you really love someone and serious about relationship and be a successful person.That time awak dah tak perlu cari orang.Orang yang akan cari awak.Now awak masih di alam persekolahan.

Your priority is study.Tak payah pikirkan soal cinta bagai ni.Focus in your study.Lepas awak dah berjaya nanti semua akan pandang awak.

Tak perlu terhegeh-hegeh pada someone sebab kalau dia adalah jodoh awak yes dia sendiri yang akan datang kepada awak.

Just take care of yourself.Jaga maruah diri.Yang perempuan ni cuba tanya boyfriend awak.Dia nak kahwin dengan awak tak.Kalau dia taknak...tinggalkan je dia"ayat terakhir itu diakhiri dengan gelak tawanya.

Masing-masing mula heboh menyebabkan Wardah tersenyum sendiri.

Kenapa nak cari dosa sebenarnya?Haihh tak faham betul aku.

"Biy nak kahwin dengan sayang tak?"

"Errr..."

"What?!Sampai hati biy!"

Macam-macam ragam budak-budak ni.Btw remaja kalau bercinta memang macam ni ke?Hmm aku sendiri tak tahu sebab aku tak pernah bercinta.Masa bertunang dengan Qalif tu pun aku terima dia hanya kerana dia berani jumpa dengan abah sebab nak halalkan aku.

Papepun tak payah lah nak bercinta bagai nak rak.Takut last-last korang kahwin dengan orang lain je😏




















K done 💕🍭
Hehe saya bukan nak tujukan pada sesiapa just nasihat kepada yang membaca dan kepada saya sendiri even saya sendiri tak pernah bercinta ni😗🙊
Pape pun harap korang suka lah yerr🤭

P/s : jangan kecam saya🙂ni adalah pesanan penaja🤣

Just an advice 😉

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now