31🍭Lintah

14.6K 535 44
                                    

Irfan memasukkan kakinya ke dalam sawah padi yang berair serta berlumpur itu sambil tangannya memegang erat tangan Wardah yang sedang meniti di atas batas.

"Elok-elok sikit sayang oii"peringat Irfan kepada isterinya.

"I know okay"balas Wardah.

"Abang,takde lintah ke dalam sawah?"sambung Wardah seraya mengerling pada lumpur.

"Ada je.Kenapa?"

"What?Eii cepat lah naik.Nanti kaki abang kena gigit lintah"kalut sekali Wardah mahu menarik Irfan daripada terus berada di dalam sawah itu.

"Ehh jangan tarik.Nanti jatuh!"

Malang tidak berbau, Wardah tergelincir masuk ke dalam sawah.Sepatuh badannya basah dan kotor menyebabkan Wardah bercengang.

Dengan pantas Irfan membantu isterinya agar bangun.

Tok Ali yang sedang berehat di pondok tidak jauh dari situ menegur mereka berdua.

"Kenapa tu??"

"Takde apa-apa tok.Ni Wardah terjatuh dalam sawah!"balas Irfan.

"Kan dah jatuh.Kotor dah baju ni.Jomlah kita balik"

Wardah berpaut pada lengan Irfan untuk bangun.Irfan mula memaut pinggang Isterinya agar tidak terjatuh memandangkan di situ agak licin.

"Alahh kita baru je sampai sini.Tak kan dah nak balik..."

"Esok kita boleh datang lain.Kita balik okay.Bersihkan badan tu"ujar Irfan seakan mahu memujuk hati isterinya.

Wardah menghela nafas berat."Okay fine kita balik"

Semasa mereka berdua berjalan di atas batas sawah untuk pulang,Irfan perasan yang ada cecair merah mengalir pada kaki Wardah.

Dengan cepat Irfan menyuruh Wardah berjalan agar tiba di pondok tempat Tok Ali berehat.Irfan meminta isterinya agar duduk di situ.

Irfan merendahkan badannya sambil tangannya menyelak kaki seluar isterinya.Terbeliak matanya melihat ada seekor lintah sedang sedap menghidap darah di betis isterinya.

Wardah menundukkan badan untuk melihat apa yang dilakukan oleh isterinya.

Matanya terpaku pada binatang yang sedang menghisap darah di betisnya.

Matanya terpaku pada binatang yang sedang menghisap darah di betisnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wardah hanya diam sahaja sambil tangannya menggigil.

"Ca-cabut lah"pinta Wardah yang mula menitiskan air mata sambil tangannya yang menggigil ketakutan.Gila tak takut!Dah lah lintah tu besar dan darah banyak mengalir dari kesan luka itu.

"Atuk,kalau cabut macam tu je takpe kan?"tanya Irfan pada atuknya.

"Takpe.Cabut je.Nanti bawak Wardah balik rumah.Bersihkan luka tu.Hah dukung je Wardah balik rumah.Nampak macam Wardah takut sangat pada lintah ni"

Dengan berhati-hati Irfan memcabut lintah itu daripada betis isterinya.Terlihat jelas darah yang tidak berhenti mengalir dari situ.

Tanpa menunggu persetujuan isterinya,Irfan terus mendukung tubuh kecil itu untuk dibawa pulang.

*****

Selepas Irfan selesai mandi,Irfan terus memasuki biliknya tadi untuk menemui isterinya.Ternyata Wardah belum siap mandi.

Irfan menunggu di depan pintu bilik air dengan resahnya.Teringatkan tangisan Wardah tadi menyebabkan Irfan tidak senang duduk.

Klik!

Pintu bilik air dibuka dari dalam.Terjengul kepala Wardah di situ.

"Dah siap dah?"

Wardah hanya menganggukkan kepalanya.

"Darah keluar lagi ke?"tanya Irfan dengan nada yang agak risau.

Wardah menganggukkan kepalanya seraya mengerling pada betisnya yang putih itu masih mengalir darah.

Irfan menarik nafas panjang.

"Kita pergi klinik nak?"

"Ehh tak nak.Alah letak je ubat apa pun.Sikit je ni"balas Wardah tidak mahu.

Yang sikit je nilah dia duk menangis teresak-esak sampai merah mata.Haihh perempuan...

Tanpa menunggu lama,Irfan terus mendukung isterinya lantas diletakkan di atas katil.Sebelum itu dia telah menghamparkan kain di atas katil bagi mengelakkan darah terkena cadar.

"Ehh nak buat apa ni?"

"Nak ubatkan lah.Tunggu sini jap.Saya nak cari ubat"ujar Irfan senafas sebelum dia berlalu pergi dari situ untuk mencari ubat.

Sebenarnya Wardah berasa agak malu kerana dia hanya mengenakan baju t-shirt berlengan panjang bersama tuala yang dililit di pinggangnya.

Kalau diikutkan hati memang dia taknak pakai tuala.Dia nak pakai seluar tapi gara-gara darah masih belum berhenti keluar,Wardah terpaksa memakai tuala.

Malu!




















K done🤭💜
Hehe bnyak pulak saya update hari ni 🤣
Harap korang okay lah yerr🤣
Pape pun enjoy jelah yerr🤭

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now