20🍭 Tertinggal Baju

14.7K 570 33
                                    

Irfan menyentuh dadanya yang berdegup kencang itu.

Dup dap dup dap!

Pintu bilik air yang tertutup rapat itu dipandang sekilas.Irfan tersenyum tanpa dia sedari.

"Cantik"

Rambut Wardah yang pertama kali dia lihat benar-benar membuatkan dirinya tidak keruan.Benarlah bahawa perempuan bertudung memang cantik kerana dia melindungi kecantikkannya daripada mata lelaki yang bukan mahramnya.

Terasa bangga pula kerana dapat memiliki Wardah sebagai suri hidupnya.

Irfan membaringkan badannya di atas katil milik isterinya.

Wangi.

Bau macam Wardah.

Irfan tersengih seraya menyembamkan mukanya pada katil tersebut.Mak aii kau dah angau ke apa Irfan Amsyar oii?

Dia berguling-guling di atas katil sambil tersengih.Apa yang dia pikirkan aku pun tak tahu.Hah korang tahu ke apa yang Irfan tengah pikir sekarang?

Dah gila agaknya si Irfan ni.

*****

"Awak!"

"Apa dia?"laung Irfan daripada luar bilik air.

"Nak mintak tolong ni"laung Wardah dari dalam bilik air.irfan mendekati bilik air.Diketuk pintu bilik air tersebut.

"Tolong ambilkan baju saya.Saya lupa nak bawak tadi"pinta Wardah sambil pipinya mula berona kemerah-merahan gara-gara mau.Tulah main redah je bilik air tadi sebab nak larikan diri daripada suaminya sendiri.

Kedengaran gelak ketawa Irfan dari luar.Wardah mengetap gigi menahan geram.

"Tolonglah...Ambikkan baju saya dalam almari"pinta Wardah lagi.

"Yelah yelah.Tunggu kejap"akur Irfan sambil mengorak langkah ke arah almari Wardah.Pintu almari dibuka olehnya.Banyaknya baju!

Perempuan memang banyak baju ke?

"Nak baju yang mana satu?"laung Irfan.

"Ambik je yang mana pun"balas Wardah.

"Eh jap..."

"Kenapa?"

Irfan berfikir sejenak.Dia sendiri tidak pasti dengan persoalan yang bermain di benak fikirannya sekarang.

"Anak kecik awak tu macam mana?"

"Hah?Anak kecik?Bila masa saya ada anak ni?"bingung Wardah.

Irfan mengeluh perlahan.

"Maksud saya...pakaian dalam awak"malu juga Irfan pada tika ini.

Wardah terdiam.Aduhh bertambahlah malu aku pada dia sekarang.Wardah menggigit bibirnya kerana berasa sedikit sejuk tambahan pula dengan perasaan gemuruh yang dirasainya sekarang.

"Aw-awak tolong ambikkan.Ambik je yang mana satu.Saya letak kat laci yang bawah sekali"usai sahaja berbicara,Wardah menekup mukanya yang membahang itu.

Malu woii!

Sumpah kau memang memalukan wahai Syifa' Mawardah!

Di situasi Irfan pula dia tergamam melihat pelbagai jenis pakaian dalam milik isterinya.Untuk pertama kali dia memandang pakaian dalam wanita selain daripada umi dan kakaknya.Tapi itu pun masa dia sekolah rendah.

"Mak aii banyak nya!"

"Tapi cantik juga warna dia"sengih Irfan.

Tiba-tiba Irfan menggelengkan kepalanya.Apa ke benda kau ni Irfan?Dah macam pervert dah kau sekarang kau tau tak?!

Irfan dah macam lelaki gatal😗

Setelah lama memilih akhirnya Irfan mengambil pakaian dalam berwarna hitam yang berlace untuk isterinya.Lantaklah! Design dia cantik so ambik jelah😌

Selepas itu dia terus melangkah ke arah bilik air bersama pakaian Wardah.

Knock knock!

"Bukaklah pintu ni.Saya dah ambilkan baju untuk awak"

Click!

Hanya tangan yang kelihatan untuk mengambil pakaiannya daripada suaminya.Selepas itu Wardah terus mengunci pintu bilik air kembali.

Irfan menahan tawa.

Alahai macam-macam jelah perangai dia ni.






















K done😳👍
Hehe so how?
Pape pun enjoy jelah 🤭💕

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now