9🍭 Flashback

10.9K 554 10
                                    

"Assalamulaikum bang"sapa Syamil yang lengkah berpakaian sekolah itu.

"Waalaikumussalam.Tak masuk kelas ke?"tanya Irfan.

"Masuklah.Tapi ni pergi tandas kejap.Ternampak abang sebab tu Syamil tegur abang"jelas Syamil dengan ramah.

"Oh ya abang nak jumpa kakak ke?Kalau tak salah Syamil...kakak ada class sekarang"sambung Syamil.Irfan menganggukkan kepalanya tanda faham

"Agak-agak kakak habis kelas pukul berapa?"

"Hmm Syamil pun tak sure sebenarnya.Kakak tak mengajar class Syamil"sengih Syamil.

"Pulak dah hmm takpelah.Abang tunggu jelah kat kantin"putus Irfan.

"Okay abang.Emm abang,Syamil nak cakap sikit dengan abang boleh?"tanya Syamil serba salah.Irfan menganggukkan kepalanya tanda membenarkan.

"Syamil tahu yang pertunangan abang dengan kakak atas persetujuan keluarga tapi please abang....jangan batalkan pertunangan ni"

"Tapi kenapa?"

Syamil tersenyum nipis.

"Maybe abang tak tahu lagi pasal sejarah hidup kakak.Kakak dah pernah bertunang sebanyak 3 kali.Termasuk dengan abang...abang orang ketiga"cerita Syamil.

Terkejut Irfan dibuatnya.

Aku orang ketiga???

"Syamil ceritakan semuanya pada abang boleh?"

"Okay boleh je.Tapi please jangan bagitahu kakak yang Syamil cerita pada abang.Kalau kakak tahu mati Syamil nanti"pinta Syamil.

"Takpe abang takkan bagitahu kakak"

"Okay sebenarnya kakak dah pernah bertunang dengan seorang lelaki ni masa umur 19 tahun tapi lelaki tu curang and dia tak datang masa akad nikah.

Masa tu kakak memang depressed teruk sebab kakak memang sayangkan lelaki tu.Lama juga nak pulihkan kakak.

Sejak daripada tu akak dah start jauhkan diri daripada lelaki.Sampailah ada orang masuk meminang kakak masa umur kakak 22 tahun.

Akak terima tapi...tunang dia meninggal dunia masa dalam perjalanan akad nikah.Masa tu memang semua orang cakap yang akak ni pembawa malang.

Masa umi abang masuk meminang akak sebenarnya akak tak nak terima tapi disebabkan ibu dan abah nak sangat tengok akak kahwin...akak pun terima abang"jelas Syamil panjang lebar.

Irfan terdiam.

Dia menghela nafas panjang.

"Tapi kenapa dia macam tak suka abang?"

"Ehhh sape kata dia tak suka abang?Kakak sendiri yang cakap ke?"tanya Syamil.

"Takdelah cuma dia tu tak pernah senyum kalau dengan abang.Dia punya tegas tu sampai abang takut nak tegur dia"

"Akak memang macam tu.Sepatutnya akak jadi cikgu disiplin kat sekolah ni barulah takde pelajar yang berani buat hal"gelak Syamil.

"Sebenarnya abang...akak tu sukakan abang tau"sambung Syamil sambil tersenyum nakal.

"Hah???"

"Terkejut kan?Hehe mesti abang tak percaya sebab akak tu macam orang takde perasaan"sedap je dia mengutuk Wardah.

Irfan masih lagi tergamam.

"Ehh abang jangan salah faham.Akak sukakan sikap abang.Abang punya behavior.Actually...Syamil pun tak faham jugak apa maksud akak.Kalau abang nak tahu abang tanya je akak"

Irfan hanya terdiam.Mendengar segala perjelasan Syamil membuatkannya berfikir banyak perkara.

"Okaylah abang.Syamil dah kena masuk kelas ni.Kang tak pasal-pasal cikgu cakap Syamil ponteng"pamit Syamil.

Irfan menganggukkan kepalanya seraya tersenyum nipis.

Selepas itu Syamil terus mengorak langkah ke kelasnya.

Irfan menghela nafas panjang.

Keputusan yang bakal dia buat pada tika ini akan merubah kehidupannya yang akan datang.Maafkan saya Amni...

























K done💕🍭
Hehe ni flashback je...
Pape pun enjoy jelahh yerr💕😆

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now