21🍭Solat Berjemaah

14.2K 546 23
                                    

Keluar sahaja daripada bilik air,Wardah terus melangkah ke arah meja make up tanpa memperdulikan Irfan yang sedang berbaring di atas katil sambil memandang ke arah dirinya.

Tuala yang berada di atas kepalanya diperkemaskan oleh Wardah.Kang terbukak naya aku!

Takut lah tu.Haihh kenapa takut sangat Wardah?

Irfan menahan tawa.Entah kenapalah Wardah takut sangat dengan dia.Sebelum nikah elok je dia jeling aku.Ni lepas nikah penakut pulak dia nu.Tak faham aku.

Bukan aku nak terkam dia pun.Haihh Wardah...

"Siap cepat-cepat.Kita solat Isyak sekali"Irfan bersuara seraya bangun daripada katil untuk membentangkan sejadah.

Wardah hanya menganggukkan kepalanya.

*****

Usai sahaja solat Isyak,Irfan berwirik untuk seketika sebelum membaca doa.

Tanpa Irfan sedari,Wardah tersenyum nipis.Sejuk hatinya melihat Irfan pada tika ini.Hati perempuan mana yang tidak lembut apabila ada lelaki yang mengimankan solat lebih-lebih lagi lelaki yang telah bergelar suami.

Habis sahaja membaca doa,Irfan memusingkan badannya ke belakang menghadap isterinya yang cantik bertelekung.

"Cantik"

Wardah memandang wajah suaminya sambil meminta tangan untuk bersalam.

"Nak tangan.Nak salam"

Irfan tergelak.Tangan dihulurkan kepada isterinya.Dengan sopan Wardah mencium lembut kekura tangan Irfan.

Dan sekali lagi dada Irfan berdegup kencang.Buat hal lah!

Secara automatik,Irfan melabuhkan satu ciuman pada ubun-ubun isterinya.Terkaku Wardah pada tika ini.

Mereka berdua saling berbalas pandangan.Muka masing-masing mula berona kemerah-merahan.Ciss dua-dua malu!

"Btw..saya nak tanya sikit.Kenapa awak macam malu and macam takut dengan saya?Sebelum kita nikah okay je awak hentam saya macamlah saya buat salah yang besar sangat"terluah juga persoalan yang bermain di benaknya sejak daripada tadi.

Yelah Wardah yang sebelum ni asyik nak jeling orang je kerja tiba-tiba jadi pemalu.

Wardah mengeluh perlahan."Nak tahu sangat ke?"

"Mestilah nak tahu"bersemangat pulak si Irfan ni.

"Okay fine.Tapi kasi saya bukak telekung dulu.Takkan nak borak atas sejadah pulak"balas Wardah.

Tanpa menunggu lama Wardah membuka telekungnya namun dia tetap melindungi rambutnya dengan menggunakan tuala.

Irfan menggelengkan kepalanya.

"Tak payah nak pakai tuala lah.Saya je yang tengok awak sekarang.Takakanlah time tidur pun awak nak pakai tuala.Lagipun kita dah sah Wardah"kata Irfan sambil membaringkan badannya di atas katil.

"Tapi..."

"Tak payah pakai tuala tu.Saya ni suami awak Puan Wardah oii.Tak salahkan saya tengok rambut awak"ujar Irfan lagi.

"Hmm yelah yelah"

Tuala dialihkan daripada kepalanya seraya menuju ke arah katil.

"Before awak bercerita...baringlah sebelah saya ni"ditepuk di sebelahnya meminta Wardah agar berbaring.

"Perlu ke?"

"Perlulah.Jangan risaulah Wardah.Saya takkan apa-apakan awak tanpa kebenaran awak.Saya tak gila lagi nak paksa awak buat benda awak tak suka"tutur Irfan dengan lembut.

Haihh takut sangat dengan aku.

Dengan separa rela Wardah membaringkan badannya di sebelah Irfan tapi sedikit jauh kerana takut bersentuhan dengan jejaka itu.

Irfan tergelak.

"Janganlah gelak!"geram Wardah.

"Taklah awak tu.Janganlah takut sangat dengan saya ni"gelak Irfan lagi.

Wardah menjeling tajam ke arah suaminya.Nasib dah jadi suami,kalau tak memang aku tendang dia ni.

"Okay sorry.Now cakaplah kenapa awak takut sangat dengan dia"

Wardah menarik nafas panjang Sebelum bersuara."Sebab..."


















K done😆
Suka pulak si Irfan ni usik Wardah.
Hahahha pape pun enjoy jelah yerr
Nanti saya update lgi🙊💕

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now