4🍭Gaduh

13.1K 588 61
                                    

"Cantik tak?"

"Cantik"jawab Irfan sepatah sebelum matanya tertumpu pada telefonnya semula.Wardah memandang Irfan sambil mengetap giginya.

Baju pengantin itu diserahkan kepada salah seorang pekerja di butik itu sebelum dia mendekati Irfan.

Baju pengantin itu diserahkan kepada salah seorang pekerja di butik itu sebelum dia mendekati Irfan

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

"Jom balik"

Beg tangan Wardah dicapai dengan segera.Terperanjat Irfan apabila mendengar kata-kata Wardah.Dah kenapa ajak balik?

"Kenapa pulak nak balik?Tak selesai lagi kan"balas Irfan.

"Macam mana nak selesai kalau awak asyik mengadap phone tu.Boleh tak serius sikit.In one month kita akan diakad nikahkan.So boleh tak awak letak tepi dulu phone tu"

"Awak pilih jelah baju mana pun"

"Kapten Irfan Amsyar,nikah ni bukan benda main-main.Please be serious!"tegas Wardah.

Tiba-tiba telefon Irfan mendendangkan lagu Apple dari girlgroup Gfriend.

"Wait for minutes"

Panggilan itu dijawab oleh Irfan."Nanti saya call awak balik.Saya ada hal sikit sekarang.Bye"

Talian diputuskan oleh Irfan.

"Amni?"

"Hah?"

"Leftenan Amni,buah hati kesayangan awak kan yang call awak tadi.I know Irfan.Awak tak cintakan saya and saya sendiri pun tak cintakan awak.Pertunangan ni hanya atas permintaan keluarga kita.

Tapi please serius sikit.Awak ingat saya nak ke kahwin dengan awak?Kalau boleh saya tak nak kahwin lagi buat masa sekarang.Tapi...mak ayah saya nak sangat saya kahwin dengan awak.

Kalau awak rasa pertunangan ni menghalang hubungan awak dengan buah hati awak tu...

Baik kita putuskan jelah pertunangan ni.Kalau awak takut nak putuskan biar saya yang putuskan.Itu yang awak nak kan?"

Suara Irfan ibarat tersekat untuk membalas semula.Panjang berjela Wardah berbicara.

"Wardah saya-"

"Hantar saya pergi sekolah"

"Tapi Warda-"

"Awak tak nak hantar takpe biar saya naik grab je"serentak itu Wardah keluar dari butik tersebut meninggalkan Irfan di dalam butik itu.

Dengan pantas Irfan mengejar langkah Wardah yang sedang menelefon grab agar mengambilnya di situ.

Melihat akan perkara itu Irfan terus menyambar telefon Wardah.Terperanjat gadis cantik itu.

"Give me back"

"Okay fine.Saya hantar awak ke sekolah.No need to call grab"akur Irfan seraya menyerahkan kembali telefon itu kepada pemiliknya.

Wardah menjeling tajam pada Irfan sebeum dia memalingkan muka ke arah lain.Sumpah yang dia berasa sangat sakit hati dengan Irfan.

Ye memang dia baru kenal Irfan semalam tapi itu bukan bermakna dia akan berlembut dengan Irfan.

*****

"Awak marah saya ke? Okay saya mintak maaf"Wardah yang berada di sebelahnya dikerling dengan perasaan resah.

Sekarang keretanya menghala ke sekolah tempat Wardah bekerja sebagai seorang guru.

"Kalau saya marah sekalipun awak nak peduli ke?"balas Wardah sedikit sinis.Irfan berasa agak terkejut sebenarnya.Wardah ni nampak je ayu tapi mulut pedas jugak rupanya.

"Awak tunang saya mestilah saya peduli"

"Kalau saya tunang awak... Leftenan Amni tu siapa?Antara saya dengan dia siapa yang awak akan pilih?"

"Wardah, kita ni baru je kenal.Please jangan bercakap macam kita dah lama kenal.Saya kenal Amni dah lama berbanding awak"Irfan berasa tidak selesa.

"Ye memang kita baru je kenal.And saya pun tak kenal sangat awak ni macam mana.And one more thing...awak pun tak kenal saya macam mana.Apa yang saya cakap saya akan buat termasuk lah putuskan pertunangan kita"tegas Wardah.

Serentak itu kereta milik Irfan berhenti di depan pintu pagar sekolah.

"Awak jangan buat kerja gila Wardah"

"Kerja gila tu yang saya akan buat kalau awak tak ambik serius dengan wedding kita.Jangan main-main dengan saya Irfan"

Pintu dibuka lantas Wardah keluar dari kereta itu.Sebelum dia melangkah dari situ,Wardah sempat memesan kepada Irfan.

"Jangan tunggu saya.Pergi je balik or pergi jumpa dengan buah hati kesayangan awak tu.Assalamualaikum"

Pintu ditutup oleh Wardah tanpa secalit pun senyuman di wajahnya.

"Waalaikumussalam"

Irfan meraup kasar wajahnya.Entahlah cuma dia berasa bersalah terhadap Wardah.Kenapa?Maybe sebab Wardah tunang dia rasanya.

"Ya Allah dugaan apa yang Kau berikan kepada aku..."

Pening pula kepalanya apabila memikirkan sang tunang dan buah hati kesayangannya.Antara Amni dan Wardah siapa yang menjadi pilihannya?


















K done💜😌
Tak sampai tiga hari kenal dah gaduh apa citeeee niii😒
Yg Irfan ni pun satu dah ada tunang tu buat lh macam ada tunang😒
Pape pun enjoy jelah😈

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguМесто, где живут истории. Откройте их для себя