24🍭 Explain!

12.9K 566 21
                                    

"Lia kenal abang tak?"tanya Irfan dengan serius.

"Kenal lah.Abangkan suami Wardah"jawab Lia polos.

"Bukan tu maksud abang.Maksud abang...sebelum ni.Lia pernah kenal abang ke sebelum ni?"tanya Irfan lagi.Tak puas hati lagi ke Irfan oi?

"Errr..."Lia tersengih kekok.

Sebenarnya Lia ni bukan pandai nak menipu sangat.Tu yang kalau dia nak tipu,jelas lagi nyata yang dia menipu.

"Jujur dengan abang"pinta Irfan.

Lia mengerling ke arah Wardah.Wardah memberi isyarat agar tidak memberitahu Irfan hal yang sebenarnya.

Hah apa sebenarnya yang Wardah dan Lia cuba untuk sembunyikan?

Irfan memandang isterinya.Wardah terus mengalihkan matanya ke arah lain.Takut kantoi sebenarnya.Mati aku!

"Awak ada sesuatu nak bagitahu saya ke Wardah?"Irfan cuba memaniskan mukanya sambil tersenyum paksa.

Lia memandang Irfan dan Wardah silih berganti sebelum menggangkat punggungnya untuk beredar dari situ.Sebenarnya dia tidak mahu tersepit di antara mereka berdua.

Korang nak gaduh dipersilakan tapi kasi aku blah dulu!

"Err abang... sebenarnya orang yang abang jumpa dulu tu bukan Lia.Tu Wardah.Okay harap tu menjawab persoalan abang.Lia mintak diri dulu yer!"sejurus itu Lia terus berlari masuk ke dalam bilik.

Terkulat-kulat Wardah dibuatnya.

"Hah???So kiranya awak dah kenal saya sebelum ni???"

*****

"Wardah!"

Wardah terus masuk ke dalam biliknya.Dengan pantas dia menutup pintu biliknya namun sempat ditahan oleh Irfan.

Wardah mencuba untuk menutup pintu biliknya namun tidak berjaya.

"Explain to me!"

"Nanti-nantilah.Janganlah kacau saya.Awak pergi lah keluar ke apa ke!Nanti saya cerita"Wardah mencuba lagi untuk menutup pintu itu.

Wardah mengetap gigi menahan geram terhadap sepupunya.Kurang asam punya sepupu!

Dengan geram Irfan menolak kuat pintu bilik itu menyebabkan Wardah beranjak ke belakang.Irfan melangkah masuk ke dalam bilik lantas dikunci pintu bilik tersebut.

Terbuntang mata Wardah dibuatnya.

"Kenapa kunci?Saya nak keluar lah!"geram Wardah.

"Explain to me.Baru saya bagi awak keluar.Susah sangat ke nak explain?Saya cuma nak tahu.Before kita nikah lagi saya curious pasal benda ni.Kenapa awak yang saya jumpa sedangkan name tag yang saya tengok nama Adelia Natasya?

Awak kenal saya sebelum ni tapi kenapa awak macam menyampah dengan saya?Saya ada buat salah ke dengan awak sebelum ni?"

Bertubi-tubi Irfan mengajukan soalan kepada isterinya.

Wardah berdecit perlahan.

Haihh nasiblah kau Wardah.Tulah nak sangat rahsiakan pasal benda ni Kan dah kantoi!

Wardah memandang suaminya.

"Nak tahu sangat ke?"tanya Wardah.

"Mestilah nak tahu.Ceritakan pada saya semuanya.Saya nak tahu.Saya tak pernah desak perempuan okay.Ni first time saya desak perempuan so sila terharu"sempat lagi Irfan loyar buruk.

Wardah menjeling tajam ke arah suaminya.

Dia menghela nafas panjang.

"Yelah saya ceritakan pada awak.Tapi promise jangan gelak.Sebab ceritanya agak memalukan"cebik Wardah.

"Yeay!Okay meh sini"dipeluk selamba tubuh kecil isterinya lantas dibawa ke arah katil.

"Apa ni peluk-peluk orang?"protes Wardah seraya mencuba untuk meloloskan diri daripada pelukan erat suaminya.

"Cerita dulu baru saya lepaskan.Awak tu bukan boleh percaya sangat"balas Irfan selamba.

Wardah mengeluh berat.

"Okay macam ni..."





















K done🙊🌺
Hehe sikit lagi nak terbongkar
Sebenarnya kisah disebalik semua ni agak kelakar sebab tu Wardah tak nak cerita.
Haihh nasiblah kau Wardah hahaah
Pape pun enjoy jelahh yerr🙈💃

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now