27🍭Atuk Nenek

13.6K 532 14
                                    

"Ye ye.Nanti kau sampai rumah Mak Long kau call aku.Aku baru je sampai rumah mak mertua aku.Okaylah bye.Assalamualaikum"talian diputuskan dengan segera seraya melangkah masuk ke dalam rumah ibu bapa mertuanya.

"Wardah!"

Hajah Suhaila menerpa ke arah menantunya.

Wardah tergelak seraya menyalami tangan ibu mertuanya.

"Ya Allah rindunya umi pada Wardah"

"Elehh umi ni.Rindu apanya?Hari-hari call Wardah takkan rindu lagi kot"sakat Irfan sambil tergelak.

"Biarlah.Jealous lah tu...Umi tak rindukan awak"sampuk Wardah sambil tergelak.

"Yang tu betul!Ehh masuk lah.Takkan nak buat drama depan pintu pulak"pelawa Hajah Suhaila seraya menarik tangan menantunya.

"Umi Fan tu dah sayang sangat pada Wardah.Sampaikan Fan kena tinggal hahahahahaha!"gelak Haji Imran kepada anak bongsunya.

Haji Imran dan Irfan melangkah ke ruang tamu.

"Ehh ayah?Mana akak?"kelibat kakaknya dicari oleh Irfan.Setahunya Irdina tidak balik lagi ke Perak.

"Kakak Fan tu dah balik kampung atuk nenek.Kami pun akan balik jugak esok.Dina dan Sharif sekali dengan Atisya dah selamat sampai sana kelmarin.Dina tak bagitahu Fan ke?"

"Dia tak bagitahu pun.So kiranya esok umi dan ayah akan pergi sanalah esok?"

"Haah.Ni Fan dan Wardah nak stay sini ke?Ke nak balik kampung jugak?Lagipun rumah ni kosong sebab umi dan ayah nak balik kampung esok"

Irfan terdiam memikirkan sesuatu.Dia mengerling ke arah Wardah yang rancak berborak dengan uminya.

"Kitaorang ikut sekalilah.Boleh kenalkan Wardah pada belah sana"tutur Irfan.

Irfan mendekati isterinya.

"Wardah,kalau kita balik kampung saya boleh tak?Awak okay?"tanya Irfan.

"Saya okay je.Awak suami saya.Saya ikut je awak nak pergi mana"balas Wardah.

Irfan tersenyum senang.Terasa bahagia pula kerana Wardah akur dengan permintaannya.

*****

"Irfan!"

Seorang wanita tua mendekati Irfan sambil tersenyum lebar.

Irfan tersenyum lebar melihat figura nenek kesayangannya itu.Atuknya turut melangkah mendekati yang baru sahaja keluar dari kereta bersama Wardah.

Suasana di kampung ini sangat tenang berbanding di kawasan bandar.

Suasana di kampung ini sangat tenang berbanding di kawasan bandar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cantik..."

Wardah tersenyum kecil.

"Hah ni ke isteri Irfan?Cantiknya...Macam nenek jugak"gelak Nek Wan sambil mencuit pipi Wardah.Wardah tersenyum ke arah wanita tua itu.

"Mak apa khabar?"

Tangan Nek Wan dan Tok Ali disalami oleh ibu bapa Irfan.

"Sihat je.Hah naiklah.Kita sembang kat atas.Si Irdina tu ada kat atas tengah pujuk Atisya"pelawa Tok Ali kepada keluarga anaknya itu.

Mereka pun masuk ke dalam rumah.Irfan menggenggam erat tangan isterinya lantas ditarik ke sebelahnya agar sentiasa dekat dengannya.

Wardah sedikit terkedu.Namun dia biarkan sahaja.

*****

"Wardah kerja ke?"

"Haah nek.Saya cikgu kat sekolah menengah"balas Wardah.

Nek Wan asyik merenung wajah cantik cucu menantunya menyebabkan Irfan terus menepuk bahu neneknya.

"Apa nenek ni tenung isteri Fan macam tu sekali?"gelak Irfan.

Nek Wan menjeling tajam ke arah cucunya.

"Dah dia cantik tu yang nenek tenung.Fan apa tahu?Tahu berkepit dengan bini je kerja"perli Nek Wan sambil mengerling pada tangan cucunya yang tidak lepas merangkul erat pinggang Wardah.

Irfan tersengih.

"Biarlah.Isteri Fan kan.Nenek jealous ehh sebab atuk dah tak peluk nenek"giliran Irfan pulak memerli neneknya.

Nek Wan mengerling pada suaminya.

"Ehh mulut! Setakat peluk baik tak payah.Hah kalau macam tu cepat-cepatlah bagi nenek cicit lagi.Irdina dah bagi sorang.Fan bila lagi?Isteri dah ada kan?Hah tunggu apa lagi?Buatlah apa yang patut"tempelak Nek Wan.

Haji Imran dan Hajah Suhaila tergelak sakan melihat muka cemberut anak bongsu mereka.

"Amboi nenek..."geram Irfan.

Wardah mengerling pada suaminya.Cicit? Means anak aku dengan Irfan lah kan?

Mati aku dho!























K done🍭🤧
Hehe saje je nak update sebab next chapter maybe akan panas sikit hoho🤭😈
Yang ni je saya update okay jangan nak mintak saya update lgi tauu hahhaha
Sebab selebihnya next week 😆

[EBOOK]Dia Askar Aku CikguWhere stories live. Discover now