TDLM - bab 56

10.8K 548 34
                                    

Kasyaf menolak kerusi roda yang sedang diduduki oleh Dhiya ke ruang tamu. Bersebelahan dengan mereka, ada Akhbar yang berjalan seiringan.

"Umi dengan Dee saja je datang. Dah Dee ajak dinner dekat-dekat dengan sini, alang-alang tu singgah lah."

Puan Azizah memberitahu tujuan mereka datang melawat pada hari bekerja seperti ini, sudah lah malam pula.

"Oh, umi dengan Kak Dee nak tidur sini ke?"

"Eh, tak ada lah. Melawat je." Soalan Medina dijawab lagi sekali oleh Puan Azizah.

Perbualan antara mereka bertiga semakin jelas di telinga Kasyaf dan Dhiya yang semakin mendekati mereka.

Apabila sampai, Kasyaf tekan brek kerusi roda bersebelahan dengan sofa yang dia dan Medina duduk.

"Eh eh, Dhiya. Tak apa, duduk je." Segera dia menghalang menantunya yang cuba bangun untuk menyalaminya.

Dhiya yang tidak jadi apabila dihalang kembali duduk.

Puan Azizah pandang Dhiya. "Dhiya sihat?" perempuan itu makin kurus dan kurang ceria berbanding dahulu.

Ironi bagaimana dia boleh lebih sihat berbanding yang lagi muda darinya.

Begitu lah takdir tuhan. Jika itu yang diinginkan berlaku, maka kun fayakun.

"Alhamdulillah, macam ni je lah." Dijawab dengan selitan senyuman.

Akhbar berlari anak mendekati Diana. "Mama, aunty Dhiya."

Tubuh kecil anaknya yang hampir memasuki 7 tahun diangkat lalu didudukkan bersebelahan dengannya. "Ya, aunty Dhiya."

"Dhiya, awak tahu tak Akhbar ni asyik nak jumpa je awak. Rindu katanya."

Pemberitahuan itu dia dengan senyuman. Tangan diangkat untuk membelai ubun-ubun Akhbar.

Sesuatu dikeluarkan dari poket kemudiannya ditunjukkan kepada Dhiya. "Bumblebee."

Dhiya senyum lagi. Mainan robot ini yang ditunjukkan oleh Akhbar dahulu.


TANGAN diraup ke seluruh wajah setelah selesai mengaminkan doa. Tadi belum sempat dia solat isyak dengan kedatangan tetamu.

Sengaja dia cepatkan bacaan doa apabila perasan Akhbar yang masuk ke bilik. "Akhbar nak apa, sayang?" soalnya.

Soalan itu tidak dijawab. Tangan kanan kecilnya itu menyentuh cadar Dhiya manakala sebelah tangan jarinya digigit.

"Aunty."

"Ya."

Walaupun tidak seberapa kuat, Dhiya tolong angkat tubuh Akhbar untuk duduk di katil.

"Nak apa?" dia tanya kembali soalan yang tidak dijawab.

Wajah Akhbar seperti takut takut. "Betul ke mama kata aunty sakit?"

Soalan itu buatkan Dhiya bungkam.

"Aunty nak mati ke?"

Okay, soalan itu buatkan Dhiya terdiam. Kanak-kanak, mana reti untuk berkias jadi langsung Dhiya tak ambil hati.

"Kenapa Keba cakap macam tu?"

Hujung jari digigit lagi, mengingat sesuatu. "Dulu atuk pun sakit, lepastu dia mati."

Bebola matanya cuba untuk membaca riak wajah Akhbar, mencari jawapan yang boleh difahami oleh kanak-kanak yang bersia 7 tahun.

"Aunty tak sihat je."

"Aunty akan sembuh lah ni?"

"Insyallah." Rasa macam jauh dari api.

Akhbar mengeluarkan sesuatu dari poket seluar lalu dihulurkan kepada Dhiya.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now