TDLM - bab 10

14.6K 686 10
                                    

"Saya tak sangka masa saya kata saya sukakan Medina hari tu, awak akan tolong saya untuk kenal dengan dia."

Kepala Medina cuba untuk mengingati kembali kejadian lebih seminggu yang lalu di pesta api, malam di mana Kasyaf memberitahu bahawa dia menyukai seseorang yang Dhiya anggap itu dia tapi bukan.

"Saya sukakan-"

Sorakan orang ramai membuatkan Dhiya tidak mendengar nama yang Kasyaf sebutkan.

Dhiy-

Tidak!

Dina.

Lidahnya menyentuh lelangit dua kali membuatkan kali ini Dhiya sedar bahawa nama yang disebutkan adalah nama Medina bukan namanya.

Bodohnya dia saat ini. Menyangka bahawa selama ini Kasyaf menyukainya, menyangka bahawa selama ini mereka bualkan adalah untuk mengenali hati budi masing-masing tapi sebaliknya tentang Medina!

"I really appreciate it." Suara Kasyaf di corong telefon mematikan lamunan Dhiya. Sekarang kepalanya rasa berat, penuh dengan kebodohan sendiri.

"Erm, Kasyaf."

"Ya."

Hidungnya terasa pedih. Air mata yang ingin muncul segera Dhiya tahan. "Saya mengantuk. Kita cakap lain kali, ya." Bodoh amat lah jika dia masih berlagak biasa.

Kasyaf juga, kenapa dalam mereka berhubung, tidak langsung menyebut dia menyukai Medina. Kenapa perlu biarkan dalam angan-angan bahawa lelaki itu menyukainya.

"Okay."

"Alright, goodnight."

Dhiya ingin menutup panggilan itu tapi dia dengan Kasyaf memanggil namanya. Telefon itu kembali diletakkan pada telinga, menanti apa lagi harapan yang Kasyaf ingin berikan kepadanya.

"Awak datang kan hari Selasa nanti?" dia tanya dan Dhiya hanya mampu mengigit hujung bibir.

Datangkah dia? Mampu kah dia datang untuk melihat lelaki yang memberikan harapan palsu ataupun Medina yang dia kira sudah mengambil perhatian daripada lelaki yang dia suka?

"Datang."

"Okay, goodnight."

Panggilan dimatikan dan suasana hening menemani Dhiya. Tangannya yang lemah masih memegang telefon kemudiannya dilemparkan ke atas meja. Apa dia kisah? Itu jenama Nokia.

Email yang dihantar oleh Kasyaf tadi dilihat. Tetikus diambil lalu butang padam ditekan. Dia tidak mahu melihat semua itu.

Tubuh dijatuhkan ke atas katil. Mukanya ditutup dengan batal menghalang daripada air matanya jatuh tapi dia gagal. Perlahan-lahan air mata mula memabasahi bantal.

Hatinya bagai dirobek, dicarik-carik. Apa yang dia rasa sekarang ini adalah pengkhianatan dari Kasyaf. Dan tidak adil untuk dia katakan tapi hatinya membisik bahawa Medina telah mengambil Kasyaf darinya.

DAUN pintu ditolak lalu bilik yang gelap tanpa ada cahaya yang masuk dipandang sekilas sebelum anak matanya berhenti pada sekujur tubuh yang dibaluti oleh selimut tebal. Helaan nafas panjang dilepaskan sebelum kakinya diatur pada katil.

"Dhiya." Panggil Iman lalu mendaratkan punggungnya pada tilam. Dia cuba untuk tarik selimut itu tapi tangan Dhiya pantas menghalang.

Iman sudah tahu apa yang terjadi pada Iman. Malam itu juga Dhiya menelefon untuk mengadu dan apa yang dia katakan, ini semua salah faham, tidak ada yang salah.

Dhiya tersalah faham bahawa Kasyaf menyukainya manakala Kasyaf pula tersalah faham menyangka bahawa Dhiya tahu dan sedang membantunya.

Tapi dia faham jika Dhiya sedang melakukan protes seperti ini. Jika dia jadi Dhiya, dia juga akan melakukan perkara yang sama. Siapa yang tidak kecewa jika perkara itu berlaku?

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now