TDLM - bab 57

10.5K 534 16
                                    

"Tak makan?"

Kepala menggeleng. "Tidak, Kasyaf. Cuma minum air. Dari tenghari semalam lagi Dhiya tidak makan apa-apa, jadi ubatnya juga belum dimakan." Adu Lasti yang risau.

Kepalanya dipanjangkan untuk mengintai Dhiya yang duduk di atas katil sambil memeluk lutut.

"Kenapa? Dhiya tak nak makan?" tangan yang basah selepas membasuh pinggan dilap dengan kain kering.

Medina mendekati mereka berdua kemudian anak mata terhenti pada bubur ayam yang tidak disentuh, wap panas masih lagi kelihatan.

Lasti hanya menggelengkan kepala untuk soalan Medina.

"Dia ada cakap apa-apa tak dekat awak? Atau apa-apa yang perlu kami tahu? Dari doktor, atau sesiapa?"

Soalan dari Medina itu buatkan Lasti mengelak dari memandang Medina. Dia fikirkan selepas tahu, Dhiya akan memberi tahu dengan segera.

Ini sudah masuk beberapa minggu hingga sikap Dhiya berubah, masih hanya dia seorang sahaja yang tahu.

"Tidak, Medina."

"Pasti?"

"Pasti."

Keluhan panjang dilepaskan. Tidak percaya, pasti ada apa-apa yang dirahsiakan dari mereka.

"Tak apa lah, biar I yang bagi dia makan." Mangkuk yang hanya diletakkan di atas pinggang untuk mengelak terkena panas beralih tangan.

Dengan menggunakan bahu, Kasyaf tolak pintu bilik dan kemudian ditutup kali dengan menolak pintu menggunakan kaki.

Apabila mendekat dengan katil, dia letakkan bubur di atas meja kecil dan duduk di hujung kaki Dhiya yang memeluk lutut.

"Dhiya," panggilnya lembut.

Mengetahui tujuan mengapa Kasyaf datang, dia pusingkan kepala ke kiri, bertentangan dengan Kasyaf.

Sungguh dia tidak dalam suasana yang ingin makan atau dipujuk untuk melakukan sesuatu.

Hanya ingin bersendirian.

"Jom, makan sikit. Awak dari semalam tak makan." Lembut sahaja dia memujuk.

"Tak nak."

"Kenapa tak nak? Ni Dina yang masak, carikkan bahagian paha sebab awak tak makan isi ayam."

"Tak lapar."

"Dari semalam awak tak makan." Sesudu bubur diambil lalu ditiup untuk hilangkan panas.

Cuba untuk menyuakan kepada Dhiya. "Sesudu je," pujuknya lagi.

"Ya Allah." Tangannya menepis sudu itu membuatkan isinya tercampak mengenai cadar dan kain pelikat Kasyaf.

Mukanya diangkat memandang Kasyaf dengan dahi yang berkerut menahan perasaan. "Tak nak tu tak nak lah. Apa yang susah sangat?"

Perbuatan Dhiya buatkan Kasyaf terpana. Tapi cuba untuk tidak diambil hati kerana memang Dhiya senstif sejak dua menjak ini.

Sudu diletakkan di dalam mangkuk kembali. Tisu basah yang ada di atas meja kecil diambil lalu mengelap cadar dan kainnya.

"Kalau tak makan, macam mana nak makan ubat? Macam mana nak buat kemo nak sihat semua tu."

Sihat? Rasa macam mendidih pula telinganya mendengarkan perkataan itu. Perasaan sudah menguasai diri.

Lelaki yang baru sahaja membuang tisu ke dalam tong sampah dipandang, mencerlung matanya. "Kemo? Nak saya buat kemo?" suaranya sarkastik tapi bergetar menahan perasaan dalam satu masa yang sama.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now