TDLM - bab 30

14.9K 665 43
                                    

"Dhiya."

"Dhiya." Dia panggil lagi apabila panggilannya tidak mendapat riak balas dari wanita itu.

Masih tidak bergerak seperti tadi, tubuh itu disentuh lembut. "Dhiya bangun, dah nak maghrib dah ni."

Dia yang tadi berbaring kini menukar posisi kepada duduk pula di sofa. Perlahan-lahan matanya dibuka.

Benda pertama yang dia nampak adalah Kasyaf yang berdiri di hadapannya. Adakah dia sedang bermimpi?

Beg pakaian diletakkan ke atas meja. Kasyaf duduk di sebelah Dhiya yang masih lagi mamai. Biasalah kalau tidur petang.

"Kenapa tidur dekat luar? Okay tak?" soalnya agak prihatin.

Tadi sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah, suasana agak sunyi. Diberi salam beberapa kali tapi masih tidak mendapat jawapan. Nasib Dhiya sudah memberikan kunci rumah.

Mahu kata tiada di rumah, kereta ada terparkir di garaj. Telahannya mengatakan Dhiya mungkin di rumah mak su.

Tapi apabila naik ke tingkat atas, pintu sliding door terbuka. Agak terkejut juga apabila melihat Dhiya terbaring di balkoni.

Matanya digosok beberapa kali. Ternyata dia tidak bermimpi, Kasyaf betul-betul ada bersama dengannya.

Dalam hati Dhiya beristighfar beberapa kali. Tadi dia hanya duduk santai sahaja, tidak sedar pula bila masa dia terlelap. Petang pula tu.

Tangan Kasyaf disalam. "Bila awak sampai? Dah lama ke? Maaf lah, tak sedar pula terlelap." Tudung sarung yang dipakai dibetulkan sedikit.

"Baru je. Asar dah solat?" dia menjawab sebelum bertanya kembali.

Kepala angguk kecil. "Dah."

Kasyaf hanya mendengar. Takut pula jika belum solat lagi. Stokin hitam yang dipakai ditanggalkan lalu digenggam di tangan sahaja.

Dhiya bangun dari duduknya. "Saya dah masak untuk makan malam." Stokin yang ada di tangan Kasyaf tadi diambil.

"Awak berehat lah dulu. Lepas solat isyak sama-sama." Beg pakaian Kasyaf pula diambil, boleh dia tolong kemaskan.

Apabila Dhiya berlalu pergi, Kasyaf hanya diam. Tidak pernah dia menyuruh Dhiya untuk uruskan pakaiannya kerana biasanya kalau di sana, dia dan Medina akan berbahagi tugas.

Tapi kalau di sini, serba-serbi Dhiya cuba untuk sediakan walaupun masih baru. Tadi sampai pun, dia sempat singgah ke dapur. Di bawah saji Dhiya sudah sediakan makanan untuknya.

Tanpa sedar sebuah nafas panjang dihela. Berat.

LAUK ayam masak merah dikeluarkan dari microwave sebaik sahaja mesin itu berbunyi. Dhiya ambil tempat di meja makan yang sudah diduduki oleh Kasyaf.

"Malam ni saya masak biasa-biasa je. Esok saya buat nasi dagang." Dua ketul ayam disudu ke atas pinggan Kasyaf.

"Terima kasih." Tangan diangkat untuk membaca doa makan. Apabila selesai, terus sahaja di masukkan nasi ke dalam mulut.

"Awak suka makan nasi dagang dengan ayam ke dengan ikan?"

Kasyaf berfikir sejenak. Entah, dia jarang makan nasi dagang. "Boleh je mana-mana."

"Okay."

Mereka diam, masing-masing sibuk menghabiskan makanan di pinggan.

"Oh ya."

Dhiya angkat kepala memandang Kasyaf, menanti dia untuk meneruskan perbicaraan.

"Esok malam awak tak payah masak lah ya." Sesekali bebola matanya digerakkan memandang ke lain sebelum kembali pandang Dhiya.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now