TDLM - bab 31

12.9K 539 12
                                    

Malam itu menjadi malam yang agak istimewa dengan Dhiya yang menghias dirinya supaya kelihatan lebih cantik dari hari biasa.

Dia kenakan baju blouse yang bewarna putih kosong dengan seluar pleated bewarna biru langit dan warna tudung yang sama.

Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia menempah khidmat jurusolek professional dan memakai dress labuh seperti makan malam istimewa.

Tapi rasanya itu agak keterlaluan. Nanti apa pula kata Kasyaf.

Jadi dia kenakan penampilan yang paling simple dalam kalangan penampilan yang berat.

Kasyaf yang duduk di hadapan menjadi tetapan bebola matanya. Apabila diperhatikan dekat-dekat seperti ini, rasa seperti makin jatuh hati pula.

Betul lah, masih tiada apa yang berubah. Cuma mungkin ada kedut-kedut kecil dan kulit yang gelap sedikit berbanding dahulu, mungkin kerana selalu terdedah kepada matahari.

Kaca mata yang dipakai oleh Kasyaf menambahkan lagi imej matang dan kekacakan lelaki itu. Biasa sahaja di mata orang lain, tapi istimewa di matanya.

"Selalu ke datang sini?" soal Kasyaf memecah kesunyian.

Dia perhatikan sekeliling restoran. Separuh dari ruang dipenuhi dengan pelanggan yang lain, mungkin disebabkan oleh hujung minggu.

Kepala menggeleng. "Tak ada lah, first time juga."

Disebabkan tadi sebelum menjamu selera Dhiya ada singgah di ECM untuk ke Parkson. Malas mahu susah-susah mencari tempat makan lain jadi mereka hanya mencari dekat-dekat dengan pusat membeli-belah itu.

Ada tempat untuk makan secara buffet tapi mungkin tidak disediakan pada malam ini. Usai menunggu beberapa minit, makana yang dipesan sampai.

"Tak tangkap gambar dulu ke?" soal Kasyaf melihatkan Dhiya yang terus mencapai sudu dan garfu.

Biasa kalau Medina, pantang makanan disentuh dahulu pasti disuruh tunggu sekejap untuk sesi penggambaran.

Soalan itu kedengaran agak lucu. Untuk orang yang tidak terlalu aktif di media sosial seperti Dhiya rasanya tidak perlu.

Tapi memandangkan malam ini makan malam pertama mereka, telefon dikeluarkan dari beg tangannya. Beberapa keping gambar diambil.

"Selfie dengan awak boleh?" mana tahu tidak sudi.

Tapi Kasyaf anggukkan kepala dan mula membuat gaya peace. Dhiya senyum saja sambil butang volume ditekan, susah kalau tekan butang tengah.

"Dah." Telefon disimpan kembali. "Jangan risau, saya tak post. Untuk simpanan peribadi je." Bukan apa, Dhiya tidak mahu menimbulkan percakapan orang lain terutama sekali dari Medina.

Dia memuat naik gambar di perkahwinan yang hanya menunjukkan cincin yang disarung oleh Kasyaf itu pun sudah ada komen-komen negatif.

Mana tidaknya, dah dia pergi kahwin dengan suami orang.

"Nak balik terus ke lepas makan?" sudu diusakan ke dalam mulut. "Ke awak ada nak singgah mana-mana?"

"Apa je yang best dekat Kuantan?"

Soalan itu membuatkan Dhiya berfikir sejenak. Susah ya soalan itu. Dengan Dhiya yang memang jarang keluar malam.

Takkan mahu pergi car boot sale? Atau, "Awak nak pergi Teluk Cempedak?" malam-malam macam ini, itu saja yang boleh dia fikir.

"Best ke?"

Dhiya sengih kecil. "Biasa je. Tapi ramai orang lah even malam-malam. Monyet pun banyak."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now