TDLM - bab 60

13.4K 589 68
                                    

Selimut dilemparkan ke tepi. Medina bangun dari pembaringannya, langsung tidak lena untuk tidur.

Tempat tidur yang biasanya menjadi tempat pembaringan Kasyaf ditatap lama sebelum dia pejamkan mata dan melihat jarum jam yang menghampiri 2 pagi.

Tubuhnya diangkat dari katil sambil merengus kecil kemudiannya meraup kasar rambut ke belakang, sudahlah esok dia kerja.

Kaki diatur keluar dari bilik. Dapur menjadi perhentiannya dan satu gelas kaca diisi dengan air untuk menghilangkan dahaga.

Lama dia diam dan termenung di dapur yang gelap, hanya lampu jalan dan cahaya bulan menerangi malamnya.

Sejak kejadian siang tadi, rumah hanya sunyi. Sama ada dia atau Dhiya masing-masing mengunci diri dalam bilik.

Hanya ada Lasti yang memasak untuk makan malam. Itu pun Medina menjamu makan malamnya di dalam bilik.

Kasyaf?

Entah.

Entah balik atau tidak dari siang tadi. Mungkin ada dalam Dhiya, atau tidak. Medina tidak tahu.

Perlanggaran antara cawan dan lantai mematikan lamunan Medina. Serta merta anak mata tertancap pada bilik Dhiya.

Lama, dan turut kedengaran bunyi batuk-batuk kecil.

Medina mengandai Kasyaf berada di bilik dan membantu Dhiya. Tapi apabila diperhatikan lampu bilik tidak ada yang terpasang, memusykilkan dia.

Lagipun seingatnya dia, tidak pula dia dengar kereta Kasyaf memasuki bilik.

Dia ambil keputusan untuk menuju ke pintu utama. Langsir diselak sedikit untuk mengintai ke luar dan pastilah dia bahawa hanya ada Dhiya seorang di bilik.

Lama Medina tunggu, berharap supaya Lasti akan bangun, tapi apabila batuk Dhiya makin kuat kedengaran, Medina rendahkan egonya untuk ke bilik.

Daun pintu ditolak, Medina lihat tubuh Dhiya berbongkok pada sisi katil untuk mengutip serpihan cawan yang sudah pecah di lantai.

Sempat dia pandang segenap inci bilik itu, masih tiada Kasyaf. Dhiya berseorangan tanpa suami sepertinya.

Apabila wajah sugul Dhiya diangkat bertemu pandangan Medina, Medina larikan pandangan dan berjalan ke katil.

Tanpa sebarang kata, serpihan cawan yang besar dikutip kemudiannya dibuang ke tong sampah.

Penyodok dan penyapu yang berada di sudut bilik digunakan untuk membersihkan sepihan yang lain.

Masih lagi diam, Medina tuangkan air ke dalam cawan kosong yang sudah disediakan di bilik itu.

Medina andaikan Dhiya ingin air, mungkin kerana itu cawan terjatuh.

Kemudian Medina angkat kaki untuk keluar.

"Dina," panggil Dhiya lirih dalam kelam malam mendinginkan lagi suasana antara mereka.

Tapak kaki terhenti. Tapi Medina bagaikan dipaku disitu, tidak memandang Dhiya hanya membelakanginya.

Ada rasa pedih, tapi ada rasa ingin mendengar Dhiya.

Melihat kedinginan Medina, mata Dhiya terpejam rapat lalu decelikkan semula. Nafas panjang ditarik, merasa saluran pernafasan sempit.

"Aku minta maaf Dina. Sumpah demi Allah, aku tak ada niat nak rampas perhatian Kasyaf dari kau. Kalau aku tahu dan sedar yang Kasyaf tak berlaku adil pada kau, aku mesti akan suruh dia untuk lebihkan kau. Tidak ada sekelumit perasaan dalam hati aku untuk ambil masa dia dari kau." Air mata jatuh ke pipi, tapi dia tidak mendengarkan tangisan.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now