TDLM - bab 58

11K 490 28
                                    

Tubuh lemah Dhiya dicempung keluar dari bilik air.

Setelah memujuk untuk beberapa hari dengan pengawasan dari doktor akan keadaannya, Dhiya akhirnya akur untuk melakukan rawatan kemoterapi.

Disebabkan oleh rawatan baru dilakukan semalam, Dhiya masih ditahan di wad hospital.

Kebiasan sekarang memang begitu. Biasanya dahulu tanpa perlu menginap di hospital juga sudah boleh keluar. Tetapi disebabkan keadaannya yang semakin memburuk, doktor perlu mengawasinya terlebih dahulu.

Apatah lagi kesan rawatan semakin mempengaruhi kesihatan Dhiya. Tadi sahaja dia baru memuntahkan isi perut di bilik air.

Medina yang duduk di kerusi bersebalahan katil bangun dari duduknya, membantu Kasyaf untuk menyelimuti Dhiya.

Mereka berdua baru sahaja sampai. Memandangkan hari ini hari Khamis. Balik dari kerja, bersihkan diri lalu terus ke sini.

"Nak air?"

Dhiya angguk lemah. Terasa pening dan mual-mual.

Air mineral yang baru dibeli dalam perjalanan dituang ke dalam gelas. Disua ke mulut Dhiya dan hanya diteguk beberapa kali sahaja.

"Makan nak? Aku boleh belikan dekat cafeteria."

Kepalanya menggeleng tidak mahu. Nanti dia muntah lagi.

"Tak apa lah, rehat." Medina tidak mahu memaksa, keadaan Dhiya masih lagi lemah.

Matanya dipejam, rasa sakit-sakit badan membuatkan dia hanya ingin tidur.

"You nak tidur sini ke malam ni?"

Kasyaf yang berada di belahan katil yang bertentangan dengan Medina mendekati isterinya dan mereka berdua duduk di sofa panjang.

Lasti yang turut ada menemani Dhiya dari pagi kelihatan membetulkan selimut Dhiya.

"Tak, I balik dengan you." Semalam dia sudah tidur di sini.

Memandangkan semalam keadaan Dhiya lebih teruk dengan demam panas. Hari ini walaupun masih ada kesan, tapi lebih baik dari semalam.

"Lasti kan ada." Tambahnya lagi.

"Okay."

"Dina."

Suara lemah Dhiya memanggil Medina dan mereka serentak memandang wanita itu yang kembali membuka mata.

"Kenapa, awak nak apa?" Kasyaf segera mendekati katil Dhiya kembali.

Silih berganti dia memandang Medina dan Kasyaf tapi pada akhirnya dia memandang Lasti. Bibir menggumam seperti ada kata yang tak terluah.

Pagi tadi, Lasti menasihati Dhiya untuk berterus terang kepada Kasyaf dan Medina akan keadaannya.

Dan difikir-fikirkan, mereka berhak tahu. Walau hakikatnya dia tidak mahu membuatkan mereka risau akannya.

"Saya ada benda nak bagi tahu." Tuturnya lemah dengan mulut yang terasa kering lagi.

"Apa dia?"

Diam. Bagai ada sesuatu yang menyekat anak tekak untuk berbicara.

"Erm—"

Masing-masing menunggu untuk Dhiya memberitahu, walaupun agak lama dia membisu.

Kepala akhirnya digeleng sahaja. "Dekat rumah nanti saya bagitahu."

Tidak jadi. Bukan apa, kalau dia beritahu di sini, sekarang nanti mereka akan meluru ke doktor. Jadinya Dhiya tidak mahu mereka tanya apa-apa. Biar lah dia sahaja yang menerangkan.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now