TDLM - bab 64

13.1K 512 23
                                    

Masing-masing menanti penuh debar dalam bilik doktor yang merawat Dhiya. Berdiri 1 meter dari mereka, dua orang jururawat bersama.

Duduknya dibetulkan. Sekejap pada bahagian kiri, sekejap bahagian kanan kerana tidak selesa.

Masa berlalu dengan pantas. Lebih dari dua minggu Dhiya terlantar di hospital, masih belum menunjukkan sebarang peningkatan.

Pagi tadi Medina dimaklumkan oleh Lasti bahawa Dhiya dibawa untuk pemeriksaan MRI jadi dia dan Kasyaf sebagai penjaga akan dimaklumkan oleh doktor.

Kasyaf mengintai ke arah Medina melalui hujung anak mata. Tangan sejuk isterinya diraih.

Seperti Medina, Kasyaf juga berdebar. Tapi sebagai ketua keluarga, dia harus lebih kuat.

Kedengaran keluhan kecil dilepaskan dari doktor itu. Mereka berdua angkat muka, memandang.

Dari riak muka, mereka seperti dapat mengagak.

"Kanser Puan Dhiya sememangnya makin merebak melalui tulang. Disebabkan keadaan Puan Dhiya yang masih belum sedarkan diri, kami tidak boleh nak lakukan rawatan kemoterapi atau jenis rawatan alternatif yang lain, selain tubuhnya sendiri yang juga lemah."

Remuk.

Tapi Dhiya faham, tiada sesiapa yang mampu untuk membuat apa-apa dalam situasi seperti ini. Baik doktor, baik mereka, atau baik Dhiya sendiri. Hanya Allah sahaja yang boleh menjawab doa mereka.

"Macam mana pula dengan peratusan untuk Dhiya sedar?"

Soalan aksyaf mendapat anggukan dari Medina yang bersetuju. "Dhiya masih ada harapan untuk bangun kan doktor?"

Wajah Kasyaf dipandang silih berganti dengan wajah Medina. "Saya tak dapat nak bagi jaminan. Berdasarkan ujian MRI, otaknya tidak menunjukkan sebarang aktiviti. Puan Dhiya juga tidak menunjukkan sebarang reaksi dengan ubat-ubatan yang kami berikan."

"Jadi boleh ada kemungkinan untuk Dhiya pergi macam tu sahaja?"

Lambat-lambat, tapi kepalanya dianggukkan juga.

Melihatkan jawapan itu, Medina tekup mulutnya dengan tapak tangan kanan. Air mata berkumpul allu pecah.

Kasyaf peluk bahu Medina, memujuk lembut.

"Tapi saya akan perhatikan Puan Dhiya dari masa ke semasa, masih ada kemungkinan untuk sedar. Sama-sama kita doakan."


HARI Sabtu itu Medina hanya duduk di rumah memandangkan sejak dua menjak ini badannya cepat penat.

Usia kandungannya juga sudah memasuki bulan ke-8, jadi wajarlah dia cepat lenguh-lenguh dan kepenatan.

Kasyaf pula berada di hospital, menemani Dhiya di sana.

Mereka sudah tidak lagi bermalam di sana, kecuali pada hari minggu. Ketika mereka bekerja, Lasti akan menemani Dhiya di sana.

Tidak sampai hati untuk menyuruh Lasti tidur di sana, pasti tidak selesa.

Hanya pada hujung minggu sahaja Kasyaf akan menemani atau menginap di sana.

Kasyaf pula tak benarkan Medina selalu kerap ke hospital. Kerana dia makin sarat dan bebanan kerja.

Lagipun sudah hampir mendekati 1 bulan.

Cepat sungguh masa berlalu. Terlalu pantas. Dan Dhiya masih begitu.

Iman dan Hanan masing-masing telah datang beberapa minggu yang lalu untuk melawat Dhiya.

Begitu juga dengan keluarga Kasyaf, dan keluarga Medina. Tidak ada hari Dhiya berseorangan di sana.

Kaki yang bengkak diangkat ke atas katil. Terasa seperti berdenyut lantas minyak angin diambil dari meja bersebalahan katil.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now