TDLM - bab 65

14K 547 12
                                    

Setibanya di hadapan bilik Dhiya, Medina yang bergegas ke situ tidak jadi untuk masuk apabila melihatkan sekumpulan doktor dan jururawat yang berada di dalam bilik Dhiya.

"Cepat Dina sampai," ujar Lasti yang menunggu di luar.

"Dhiya macam mana? Dia okay je kan? Bila dia bangun?" terus ditembaknya Lasti dengan pelbagai soalan.

Lasti angguk kepala, "Kelihatannya baik-baik saja. Tadi, beberapa minit selepas waktu 11, terus saya telefon Kasyaf sama Dina."

"Itu di dalam doktornya sedang lihat-lihat keadaan Dhiya, katanya mahu lakuin pemeriksaan."

"Okay."

Walaupun dia tidak senang duduk, terasa seperti ingin terus masuk ke dalam bilik dan memeluk Dhiya, Medina tenangkan diri.

Perlahan-lahan punggungnya jatuh duduk ke atas kerusi ruangan menunggu. Peluh yang menitik ke dahi dikesat.

Dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu banyaknya doa yang dia mohon agar Dhiya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Sesaat menjadi minit, menambahkan penasaran dalam hati.

Mendengar bunyi pintu dibuka dari dalam, Medina terus bangun. Beberapa doktor yang biasanya mengikut doktor Dhiya melakukan pemeriksaan dibiarkan beredar.

Beberapa saat kemudian, doktor itu keluar.

"Macam mana dengan Dhiya, doktor? Dia okay ke?"

Senyuman nipis diberikan. "Alhamdulillah, Puan Dhiya sudah sedarkan diri. Setakat ini keadaan Puan Dhiya stabil tapi kami akan jalan beberapa pemeriksaan, memandangkan dia baru sahaja bangun."

Dada diurut perlahan, lega. "Boleh saya masuk sekarang?" Medina intai ke dalam, masih ada dua orang jururawat.

"Boleh, tapi sekejap lagi kami perlu siapkan Puan Dhiya untuk lakukan pemeriksaan."

Kepalanya angguk faham dengan prosedur yang perlu dilakukan pada pesakit. "Terima kasih."

"Sama-sama."

Doktor itu berlalu pergi dan Medina pulas tombol pintu. Perlahan-lahan kakinya makin mendekati Dhiya.

Medina mendekat dengan jururawat perempuan. "Sekejap ya, nurse."

Mereka membalas dengan senyuman, faham denga napa yang dimaksudkan oleh Medina lalu mereka pergi, memberi ruang peribadi untuk Medina dan Dhiya.

"Dhiya." Panggil Medina lirih.

Dhiya angkat pandangan, bertentang mata dengan Medina yang matanya sudah berkaca.

Tapi apabila Dhiya ukirkan senyuman untuk sedapkan hati Medina, empangan wanita itu pecah membasahi pipi.

Lantas tubuh Dhiya dipeluk rapat dari sisi.

"Dhiya aku minta maaf Dhiya, aku tak sangka yang semua ni akan berlaku. Kalau aku tak bergaduh dengan Kasyaf hari tu, kalau aku temankan kau malam tu, kau takkan sakit macam ni." Tangisan halus Medina bergema.

Dhiya bernafas berat, mungkin kerana alat yang dimasukkan ke hidungnya menyukarkan Dhiya untuk bernafas lalu dia bernafas melalui mulut.

"Maafkan aku, Dhiya. Aku berdosa pada kau sebab aku cemburukan kau."

Mata Dhiya juga berkaca. Kata tak terluah pada bibir kerana sudah lama dia tidak sedarkan diri. Terasa perit di anak tekak.

Terketar-ketar tangan yang cuba diangkat, seolah-olah akal dan dayanya tidak selari.

Tapi Dhiya gagahkan juga untuk mengelus kepala Medina. "Ja—jangan—"

Air liur ditelan berkali-kali, tiub yang masuk dalam ke bawah anak tekak menambah perit. "Jangan— jangan minta maaf. Aku— aku juga bersalah."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now