TDLM - bab 37

10.9K 484 11
                                    

"I tak suka cara Kak Dee layan Dhiya." Daun pintu bilik ditutup rapat.

Kasyaf yang masih lagi belum menghabiskan buku Surrounded by Idiots berhenti membaca lalu pandang Medina yang baru selesai mandi.

Helaan nafas dilepas. Sudah dia agak hal ini akan dibicarakan oleh isterinya.

"And I tak suka bila you diam je." Kalau dia boleh terasa kerana Kasyaf langsung tidak bersuara pertahankan Dhiya, apatah lagi wanita itu.

Mulutnya dikunci, mencari jawapan yang sesuai untuk meredakan marah Medina. Sungguh tadi dia tidak tahu reaksi apa yang perlu diberikan.

Memang Diana sejenis yang cakap lepas tapi masih belum ada lagi ahli keluarga itu yang kena, biasanya dengan orang luar sahaja.

Jika ditanya dia sendiri, Kasyaf juga tidak tahu kenapa dia diam.

Bukan dia tidak mahu, apa yang Diana cakap memang sudah melampau batas tapi dia tidak tahu.

Sebab itu lah dia tidak setuju dengan Medina yang menjemput Dhiya ke situ, kerana dia tahu hal ini akan terjadi.

Selimut diselak dan Kasyaf bangun dari katil mendekati Medina yang duduk di kerusi meja solek. "I'm sorry." Bahu Medina disentuh lembut.

Medina tarik nafas dalam-dalam, cuba untuk menahan marah. "I tak rasa you patut minta maaf pada I."

Ini bukan masalah dia dan Kasyaf sahaja, ini masalah dia, Kasyaf dan Dhiya. Kalau ada orang yang berkata buruk hanya kerana Dhiya mengahwini Kasyaf, dia juga harus disalahkan.

"Okay, nanti I minta maaf pada Dhiya."

Sesudahnya Medina kunci mulut, tidak mahu jika perbincangan ini diteruskan dan Dhiya akan terdengar.

"You tidur dengan Dhiya ke malam ni?" dia hanya pandang pantulan tubuh Kasyaf disebalik cermin.

"Kenapa?"

Dia pusing tubuh menghadap Kasyaf dan angkat kepala supaya pandangan mereka bertemu. "Kalau I nak tidur dengan dia boleh?"

Kasyaf senyum nipis kemudian mengangguk. "Boleh saja."

"Thank you, esok you tidur dengan dia."

Hari Ahad Dhiya akan pulang kembali ke Kuantan.


MUKA dibilas beberapa kali dengan air bersih. Dhiya pandang mukanya di cermin. Kejadian tadi masih segar dalam ingatan.

Apabila Puan Azizah hulurkan ubatnya, wanita itu tidak berbuat apa-apa melihatkan dia dalam keadaan sakit seperti itu.

Mungkin keliru atau terkejut. Entah, Dhiya tidak tahu harus teka apa kerana dia tidak mengenali Puan Azizah.

Takut?

Ya, takut. Sangat takut.

Manakan tidak, walaupun tidak terlalu tahu akan perihal keluarga Kasyaf, Dhiya tahu umi Kasyaf merupakan seorang pesara doktor.

Jadi bukan sesuatu yang aneh jika Puan Azizah tahu ubat apa yang dia miliki kerana dia sempat perasan umi Kasyaf membaca nama ubat tadi.

Cuma apa yang hairan, langsung tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Puan Azizah. Marah tidak, tanya tidak. Diam sahaja.

Apabila Dhiya berjaya untuk menelan ubat, terus Puan Azizah pergi tinggalkan dapur. Dan sehingga sekarang dia masih berdebar menunggu apa yang akan dilakukan olehnya.

Adakah seperti dalam drama dan novel apabila seseorang menyembunyikan penyakit lantas watak yang membencinya akan berubah dan menyayanginya?

Adakah Puan Azizah akan menerima dan menyayangi Dhiya sebagaimana Medina?

[C] Tertulis Di Luh MahfuzOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz