Chapter 4

14K 725 163
                                    

Hi! Sorry sebab dah lama tak update. Saya busy lately ni. Saya nak cakap sikit, Sofea dah kahwin tau hehe. Okay itu je. Happy reading! Enjoy!

*************
Zafran's POV

Dalam sebuah bilik mesyuarat, terdapat seorang Chief Financial Officer sedang memberi perhatian tentang pembentangan yang dilakukan oleh pekerjanya.

Zafran yang meminta PA nya, Ameerul untuk mengadakan meeting ini bersama Finance Department. Hal ini kerana, terdapat kesalahan semasa dia membuat semakan tentang kewangan syarikat itu. Ada yang tidak kena. Jadi, sebagai seorang ketua yang berwibawa, dia haruslah menganalisis semula perancangan kewangan syarikatnya.

Zafran bekerja di syarikat ayahnya, Zermonia Berhad. Zermonia Berhad adalah sebuah syarikat konglomerat multinasional yang bertapak kukuh di Malaysia dalam industri perladangan, hartanah, industri, automotif, tenaga dan prasarana serta hospitaliti.

Yang mengambil jawatan Chief Executive Officer adalah abangnya, Zayyad Isyraf.

"Okay, I do understand of what are you trying to explain. But there are some unexplained things. Saya rasa, saya takda membuat apa-apa pengesahan tentang pelaburan dari Syarikat Angkasa." Ujar Zafran kepada pekerjanya.

"Dan macam mana saya boleh ternampak syarikat itu sudah melabur ke syarikat kita? Saya pelik. Is there anyone that could explain how such things can happen?" Tanya Zafran. Semua senyap. Takut.

"No? Okay then. You all know that this company got lawyer. He can just find any of you that did these terrible things. Awak semua tahu yang saya tak suka dengan pekerja yang menipu. Korang semua taknak berlaku jujur kan? Okay, dalam masa seminggu, tiada siapa yang inform saya, saya terpaksa sekat bonus awak semua untuk bulan ni. Saya terpaksa. Sebab korang semua taknak mengaku." Zafran tak gila lagi nak buat keputusan untuk memecat semua pekerjanya. Dia tahu di antara mereka ada yang tak bersalah. Lagipun, Zafran saja je gertak. Padahal boleh je dia cari siapa angkaranya. Dia cuma nak dalangnya mengaku terus. Jujur. Setelah itu, Zafran terus bangun dan keluar bilik mesyuarat itu.

Zafran terus menuju ke bilik pejabatnya diikuti oleh PAnya. "Aku nak kau minta tolong Tuan Asyraf siasat tentang hal ni. Aku takda masa." Asyraf ialah peguam syarikat itu.

"Baik, Tuan."

Zafran masuk ke dalam bilik pejabatnya dan mendapat adik lelakinya berada di sofa bersama rakan mereka.

"Bro, betul ke aku dengar kau nak kahwin lagi satu?" Tanya adiknya, Zafar Idlan. Zafar tak menyempat nak tunggu Zafran duduk terus tanyakan hal itu.

"Kau tahu dari mana?" Tanya Zafran terus duduk dan hiraukan pandangan adiknya, kawannya, dan PAnya.

"Aku tahu dari umi. But bro, are you serious? Kau bukan cinta mati ke kat Kak Dian? Apasal kau sampai nak pasang dua ni? Minah rempit mana dah goda kau ni?" Zafar geram. Dia pantang lelaki yang duakan seorang perempuan. Apa tak cukup ke Kak Dian tu? Sampai nak kena ada yang ke dua?

"Kau taktahu apa-apa kau diam je Zafar. Aku tahu apa aku buat." Balas Zafran sambil melonggarkan tali leher nya. Rimas. Dahlah tak settle hal pelaburan tu. Tahu-tahu nak kena menjawab benda-benda macam ni.

"Aku tak sangka ya ada antara kita yang nak berbini dua. Bukan kau benci ke lelaki yang sibuk nak kahwin lebih dari satu ni Rees?" Zafar provok Zafran.

"Kan aku dah kata, kau diam je Zafar. Kau tak payah sibuk. Lagipun Dian dah setuju dah pun. Umi pun setuju je."

"Kak Dian tu baik. Sebabtu dia setuju. Kau tu pernah fikir perasaan dia tak? Apa dia rasa bila dia tengok kau lafaz akad nikah untuk perempuan lain?"

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now