Chapter 18

14.5K 822 172
                                    

Hi assalamualaikum semua! Awak semua sihat?

Okay harini saya update untuk chapter 18.

Terima kasih semua.

Do your best in whatever you do.

**********

Hujung minggu, seperti yang sudah diberitahu, ibu ayah Adara akan datang ke Kuala Lumpur. Sekarang pada waktu pagi, Adara sedang mengemas rumah Zafran. Sorang-sorang. Zafran takda. Adara pun tak tahu Zafran balik ke tidak.

Adara basuh baju, sidai baju, vacuum lantai, mop lantai, lap perabot, kemas bilik tetamu, tukar cadar, dan banyak lagi. Adara tak sangka dia sebenarnya boleh jadi serajin ini. Kalau tak, memang tak larat lah nak buat semua. Dan sekarang ni Adara sedang termenung. Dia terfikir patut ke dia kemas bilik Zafran, masukkan barang Zafran ke dalam biliknya?

Adara mencapai telefonnya. Dia nak call Zafran, tanya terus. Tapi bila dah call, tak angkat pula. Tiga kali dah ni. Hm. Masukkan jelah. Takpa kot.

Adara pun mula mengemas barang Zafran, masukkan ke dalam biliknya. Tak banyak pun barang Zafran. Jadinya, takda lah penat sangat.

Selesai mengemas, Adara membuat keputusan untuk membeli barang dapur. Nak beli jajan sikit untuk anak-anak buahnya.

Sedang berada di supermarket di bahagian air, Adara sedang mengambil vitagen. Umar dan adik beradiknya suka vitagen. Adara pun suka vitagen. Jadi, ambil banyak sikit. Lagi, nak beli apa? Susu ke? Hm Adara tak suka susu sangat. Selama ni pun kat rumah kalau ada susu tu, Zafran punya lah tu.

Adara suka jus oren, jadi dia ambil dua kotak marigold peel fresh perisa jus oren. Selepas itu, dia pergi ke bahagian coklat pula. Nak ambil ferrero rocher. Sejak kahwin dengan Zafran ni, duit Adara banyak. Sebab apa? Sebab Zafran bayar nafkah zahir lah. Banyak pula tu. Adara ambil jelah. Rezeki kan?

Sedang Adara masukkan banyak jajan dalam trolinya, ada suara menegur.

"Tak elok makan jajan banyak-banyak." Tangan Adara terhenti. Potong mood betullah siapa tegur-tegur macam ni. Adara tak suka. Adara buat muka jengkel.

Si pemilik suara tergelak.

Adara toleh. Ish siapa dia ni? Dahlah tak kenal lepastu tegur-tegur. Apa benda jelah mamat ni.

"Awak cakap dengan saya ke?" Adara tanya.

"Taklah. Cakap dengan potato chips tu."

"Oh? Ha teruskan lah bercakap." Adara buat tak tahu. Malas nak layan lawak bodoh orang tak kenal.

"Saya gurau je. Dari tadi saya tengok awak memilih tu, terasa nak tegur pula." Si lelaki itu bersuara lagi.

Ish benci betullah. Adara dah ready nak tolak trolinya. Sibuk betullah. Buat hal masing-masing tak boleh ke?

"Nama saya Harraz. Awak?"

"Adara."

"Adara. Sedap nama awak. Sorang je ke?"

"Haah." Adara senyum hambar. Boleh berhenti cakap tak? Nak blah macam tu je rasa serba salah pula. Aduh!

"Saya pun sorang je."

"Memang nak borak kat sini ke? Takda lah bukan apa. Macam pelik je." Adara berkata dengan senyum serba salah. Memang betul apa. Macam pelik je. Aku dahlah nak cepat ni.

"Awak nak sambung borak dekat kedai makan tak?" Si Harraz tu bertanya lagi.

"Saya rasa tak boleh kot. Saya nak cepat ni sebenarnya."

"Lah yeke? Kalau macam tu, awak ambil kad saya ni. Nanti call saya okay?" Si Harraz tu mengeluarkan kadnya dari dalam dompetnya. Harraz pun boleh fikir sebenarnya. Takkan nak minta terus nombor gadis ni kan? Nampak sangat menakutkan.

Pilihan Kedua | CDonde viven las historias. Descúbrelo ahora