Chapter 11

14K 835 63
                                    

Assalamualaikum semua!! Chapter 11 dah ada! Yeayyyy tepuk tangan sikit!!!!

Terima kasih semua! Yang dm saya kata cerita saya best tu walaupun saya rasa hambar, TERIMA KASIH SANGAT! KATA-KATA AWAK SEMUA TELAH MENAIKKAN SEMANGAT SAYA UNTUK TERUS MENULIS! THANK YOU

Let them be them,
Let us be us,
Love is a maze,
Damn but you is amaze.

************

Pada pagi esoknya, seperti biasa, Adara melakukan rutinnya. Bangun pagi, solat subuh sorang-sorang. Siap-siap pergi kerja pun sorang-sorang. Makan breakfast pun sorang-sorang. Itu pun makan biskut cicah air milo. Takpa, tu rezeki juga. Syukur alhamdulillah.

Hidup Adara tak ubah macam dia bujang. Semua buat sorang-sorang. Kawan takda. Suami ada, tapi macam takda. Sendu ya kehidupan seorang Adara ni.

Adara kemain dulu berangan kalau dia kahwin, dia dapat suami yang selalu ambil berat tentangnya. Dia nak sangat berbual dengan suaminya. Ceritakan semua benda. Adara kan banyak cakap. Konon Adara juga nak ikatkan tali leher buat suaminya. Adara siap sanggup belajar ikat tali leher. Konon-konon lah untuk suami.

Takpa lah Adara. Redha jelah. Allah has better plan for you. Adara nak memberontak lebih-lebih pun tak boleh. Malas. Siapa je nak layan dia? Masing-masing dah ada life masing-masing. Hm.

Penat kan hidup ni? Bila fikir balik, Adara seolah tidak boleh salahkan sesiapa atas apa yang jadi atas dirinya. Dia yang pilih jalan ini. Dia boleh lari. Dia ada kereta. Lari jelah. Takkan lah Zafran sanggup cari dia kan? Ni? Tak tahulah nak kata salah pilih ke apa.

Adara tak tahu nak kena rasa apa. Kena menyesal ke?

Di dalam kereta, perjalanan ke tempat kerjanya, Adara bernyanyi kecil. Lagi satu, Adara berangan lagi. Kononnya Adara ingat kalau kahwin nanti, dapat lah salam tangan suami sebelum pergi kerja. Cium dahi sekali. Haih, manisnya.

Setelah sampai di 4C, Adara terus memakir keretanya. Adara perasan kereta Encik Akram, bapa Insyirah. Insyirah baru sampai.

"Assalamualaikum, Puan Adara." Sapa Encik Akram setelah mereka berdua keluar dari kereta.

"Waalaikumsalam. Baru sampai ke encik?" Tanya Adara berbasa-basi. Memanglah baru sampai, kan? Takkan baru nak balik. Kalau Encik Akram jawab macam ni, memang aku tak tegur dia dah. Aku jeling je.

"Haah, Puan Adara." Balas Encik Akram sambil memimpin tangan Insyirah menuju ke gate 4C.

"Meh sini Cirah. Dengan teacher." Adara mengajak Insyirah. Insyirah terus memegang tangan Adara selepas salam tangan bapanya.

"Cirah take care okay? Belajar elok-elok. Nanti papa datang ambil." Encik Akram cium dahi Insyirah.

Tiba-tiba, Adara perasan satu kereta baru sampai. Kereta Aston Martin. Wow. Seksinya kereta! Adara abaikan Insyirah dan Encik Akram. Nak tengok lah juga siapa gerangan pemilik kereta Aston Martin seksi tu.

Bila gerangan tu keluar, senyum Adara terpadam. Hm. Zafran. Berapa banyak kereta dia ada ni? Geram pula aku.

Zafran pandang tajam wajah Adara. Adara buat derk je. Macam tak kenal.

Tapi tiba-tiba Adara teringat. Eh?! Encik Akram tahu kan aku bini si mamat ni? Eh? Macam mana ni? Adara terus lepaskan tangan Insyirah dan pergi ke Zafran.

Nampaknya Zafran baru je nak keluarkan Eiman dan Ellyna. Nampak lah muka mereka excited bila sampai 4C ni.

"Hi boy! Morning!" Sapa Adara pada Eiman terus dan mengusap kepalanya. Adara pandang Zafran. Nampak Zafran pandang tajam ke arah belakang Adara dan pandang Adara.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now