Chapter 40

20K 904 374
                                    

Tiga hari sudah berlalu, keadaan tiada apa yang berubah. Adara masih sama, termenung sahaja. Memikirkan apa yang dia perlu lakukan buat masa ini.

Amelia juga bingung dengan tingkah laku Adara sejak akhir ini. Banyak kali termenung, sudah tidak banyak cakap.

Kadang-kadang ada satu masa itu, Adara keluar bilik dengan
mata sembap. Setiap kali Amelia tanya kenapa, apa jadi pada Adara, Adara hanya akan jawab tidak ada apa.

Tapi Amelia tahu ada sesuatu yang berlaku antara Zafran dan Adara. Ini kerana, sudah dekat tiga kali Zafran datang ke rumah ini untuk berjumpa Adara. Tapi macam-macam alasan Adara beri semata-mata tidak mahu berjumpa dengan Zafran.

Adara pula, semua panggilan telefon dari Zafran memang dia tidak pernah jawab. Sama seperti segala mesej yang dia dapat dari Zafran. Adara hanya mengabaikannya. Zafran pernah cuba cari dia di rumah Amelia dan juga di 4C. Tapi Adara banyak kali mengelak. Dia tidak mahu berjumpa dengan Zafran buat masa sekarang. Dia masih kecewa. Biarlah Zafran duduk dengan Dian. Itu yang dia mahu. Adara mudahkan jalannya saja.

Malam ini, Adara termenung di atas katilnya. Sambil duduk memeluk lututnya. Dia sedang fikir apa yang dia harus lakukan. Resume dia sudah hantar. Tinggal dipanggil untuk sesi interview saja.

Kali ini Adara tekad. Dia mahu mengundurkan diri. Mungkin Zafran memang bukan jodohnya. Dia penat. Dia sudah penat menangis. Dia sudah penat letak harapan tinggi pada hubungan dia dan Zafran. Dia menyesal kerana pernah meletakkan harapan bahawa hubungan dia dan Zafran boleh kekal selamanya.

Zafran sangat menyayangi Dian. Adara tak sanggup menjadi orang ketiga antara mereka berdua. Jadi, eloklah jika Adara saja yang mengundurkan diri. Takpa, hidup sorang-sorang pun takpa. Adara boleh.

Adara pandang telefonnya yang baru sahaja berdering. Zafran telefonnya. Sekali, Adara biar tidak menjawab. Sekali lagi, Zafran telefon. Dengan teragak, Adara capai telefonnya. Dia masih berbelah bagi, patutkah dia mengangkat panggilan ini?

Dengan lambat, Adara angkat panggilan itu.

"Adara, thank God! Kau angkat juga." Kedengaran suara Zafran sangat lega. Bersyukur akhirnya isterinya angkat panggilannya.

"Adara?" Dengan lembut Zafran panggil.

Adara masih diam. Air matanya bergenang. Sejujurnya, di dalam sudut hatinya, dia masih sayang akan Zafran. Rindu. Dia sangat rindukan Zafran. Dia rindu untuk dengar suara itu. Tapi Adara sedar Zafran bukan untuknya. Zafran hanya untuk Dian.

"Adara, aku tahu aku salah. Aku minta maaf. Aku tahu kalau aku bagi alasan apa pun, kau memang tak nak dengar dah. But please, jangan diam macam ni. Jangan mengelak macam ni. Marahlah aku, Adara." Sayu suara Zafran bercakap dengan Adara.

Zafran sedar kenapa Adara tidak mengendahkannya sejak akhir ini. Dia nampak Adara di mall haritu. Dia tahu dia salah. Dia telah menipu Adara. Kerana Dian. Zafran tak tahu kenapa waktu itu tiba-tiba sahaja Dian mahu lunch bersamanya. Zafran serba salah. Dian banyak kali mengungkit 'mungkin ini kali terakhir'. Zafran tak tahu apa perlu dia lakukan.

Zafran tahu dia lemah. Dia lemah sehingga dia terpaksa melukakan hati Adara. Dia tahu Adara kecewa dengannya.

"Adara, please say something. I miss hearing your voice." Rintih suara Zafran di telinga Adara telah membuatkan air mata Adara jatuh.

Kenapa kita macam ni, Zafran? Kenapa semua begitu tak kena bagi kita? Begitu tidak sesuai kah kita sampaikan alam semesta pun tidak mahukan kita bersama?

"Zafran." Dengan lembut Adara panggil Zafran.

"Yes baby, tell me something. Cakap je apa-apa. Aku dengar."

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now