Chapter 20

15.8K 840 117
                                    

Minggu ini semua berjalan seperti biasa. Keluarga Adara juga sudah pulang. Masing-masing sudah masuk kerja seperti biasa termasuklah Adara dan Zafran.

Hari ini, hari isnin, Adara sedang bersiap untuk pergi kerja. Adara hanya mengenakan straight pants berwarna hitam dan blouse berwarna nude. Dipadankan dengan shawl berwarna hitam. Malas nak cantik-cantik harini. Monday blues.

Semasa Adara sedang bersiap, dia baru perasan yang dia belum mengalihkan barang-barang Zafran. Dah plan lama nak buat. Tapi asyik lupa. Lagipun kan rancangan awalnya keluarga Adara menetap di rumah Zafran dulu, selepas itu menetap di rumah Abang Arif pula.

Dan itulah yang terjadi. Malam yang Aidid, Adara dan Umar main dam ular itu adalah malam terakhir mereka bermalam di rumah Zafran. Esoknya mereka bergerak ke rumah Abang Arif yang berada di Shah Alam.

Dan sejak itu, Zafran tidak balik-balik. Lama juga lah sebenarnya. Tapi ada satu masa, keluarga Adara keluar bersama lagi, dan saat itu Zafran ada. Adara ajak-ajak ayam je. Tak tahu pula Zafran join betul-betul. Waktu itu je lah Adara dapat jumpa Zafran. Selepas itu, Zafran bagitahu nak teman Dian. Adara pun ha yelah takpa, saya faham. Tak tahu sampai bila kena faham.

Dan sejak itulah, Adara banyak termenung di rumah ini. Sebab itulah dia tidak kemas barang-barang Zafran. Takda mood. Kemas rumah pun tidak. Basuh baju pun tidak. Basuh baju pun semalam. Tu pun terpaksa. Baju kotor dah banyak sangat.

Adara banyak termenung memikirkan tentang hubungan dia dan Zafran. Lately ni, Zafran baik dengannya. Adara teringat pula waktu Zafran tidur di ribanya dan waktu Zafran tidur memeluknya. Adara ni perempuan. Dia dah cuba untuk keraskan hatinya. Tapi bila dilayan macam ni, hati nya cair juga.

Macam mana nanti kalau Zafran ceraikan aku? Boleh ke aku teruskan hidup? Boleh ke aku buka hati untuk orang lain? Adara kalau boleh tak nak pun rasa semua ni. Dia dah cuba. Tapi akhirnya, dia termakan dengan kata-katanya sendiri.

Macam mana Zafran rasa dia tak boleh hidup tanpa Dian, macam itulah Adara, dia tak boleh hidup tanpa Zafran. Tapi aku tak boleh selfish. Aku tak boleh paksa untuk orang sayangkan aku. Takpa, aku kuat. Aku boleh.

Selesai sesi termenung di depan cermin, Adara pun bangun mencapai beg tangannya. Malas nak breakfast. Skip jelah. Takda mood.

Sampai di 4C pun Adara diam je. Adam ada lah juga ajak borak tapi Adam je yang bercakap. Adara hanya diam mendengar. Adara banyak tengok telefon. Fikir, Zafran takda rasa nak call dia ke? Kalau Adara yang call, nak cakap apa? Hm rindu. Sikit.

Kak Far ada juga ajak borak, tapi Adara diam membisu juga. Dengar je. Takda mood. Semua orang yang bercakap dengan Adara, Adara hanya angguk, geleng, sebut ya, sebut tidak. Itu sahajalah.

Sedang Adam berborak dengan Adara, telefon Adara berbunyi. Tanda mesej masuk. Adara tengok. Zafran. Zafran?! Mata Adara terus bersinar. Bahagia. Ingat juga Zafran dekat Adara.

Adara terus buka mesej itu. Senyumnya makin melebar.

Zafran:
Lunch sama eh? Macam biasa.

Adara:
Dekat mana?

Adara kena tunjuk yang dia tak excited. Malulah kalau Zafran tahu.

Zafran:
Dekat mulut.

Er? Adara macam dia kenapa ni? Hambarnya. Adara tak tahu nak reply apa, jadi dia send sticker patung katak sedang menggantung diri.

Zafran:
HAHAHA
Makan nasi kandar nak?

Adara:
Tak nak lah. Nanti kuku kuning.

Zafran:
Ala apa salahnya. Bukan selalu.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now