Chapter 34

17.7K 1K 261
                                    

Hi assalamualaikum semua! Hari ni saya update chapter 34! Yeay!

Sejujurnya saya cakap, SAYA CRINGE TULIS CHAPTER NI! AHHH!

Harap semua enjoy, bye huwaaaa

***********

Hari khamis, waktu zohor, Adara baru selesai menunaikan solat zohor. Adara duduk sebentar untuk berwirid dan berdoa. Harini Adara menunaikan solat di surau 4C. Macam biasa.

Period Adara dah tamat semalam jadi harini dia dapat menunaikan solat. Selesai berwirid, Adara bangun dan menanggalkan telekungnya dan lipat. Selesai itu, dia terus menyiapkan dirinya seperti biasa.

Sedang dia bersiap, Kak Dira masuk ke dalam surau. Adara hanya pandang. Kak Dira pandang Adara yang sedang memakai tudungnya.

"Ad, akak nak minta tolong boleh? Hehe." Adara pandang Kak Dira dan mendongakkan sikit kepalanya tanda tanya 'tolong apa?'.

"Belikan akak pisang goreng boleh?" Kak Dira meminta tolong.

"Duit?" Adara minta duit.

"Nah. Beli macam biasa tau. Kalau Ad nak tambah, tambah je apa-apa." Kak Dira berkata sambil menghulurkan sekeping wang kertas.

"Okay." Respon Adara dan mencapai beg nya.

"Ad pergi dulu." Adara mula meminta diri.

"Okay. Hati-hati tau. Baca bismillah. Kalau jadi apa-apa jerit kuat-kuat tau." Kak Dira sempat memberi pesan. Adara dah biasa. Memang itu yang Kak Dira selalu pesan kalau dia keluar ke mana-mana.

Adara terus berlalu ke keretanya. Nak pergi beli pisang goreng. Elok juga. Sebab dia pun tak makan lagi. Tadi tak keluar lunch. Malas.

Tiba-tiba Adara tepuk dahi. Lah patutlah aku tak pergi makan. Aku dengan Amelia puasa sunat harini. Haih. Nasib baik lah ingat awal. Kalau tak, mesti dah masuk mulut pisang goreng ni.

Sedang Adara beratur, dia disapa seseorang.

"Sofea?" Adara pandang Sofea yang pandang sinis terhadapnya. Adara nampak small baby bump Sofea. Sofea pregnant dah? Wow laju. Subur betul.

"Aku pregnant dah. Kau bila lagi?" Sofea dengan angkuhnya berkata sambil mengusap baby bump nya.

"Kalau ada rezeki, ada lah." Jawab Adara. Takkan dia nak jawab yang hubungan dia dengan Zafran tak lebih dari tu lagi? Mana boleh.

"Alah! Kalau kau pregnant pun, belum tentu Zafran nak lah anak tu. Dia tu nak anak dengan Dian je." Adara tergelak sinis. Sofea ni ingat bila dia cakap macam ni aku nak terasa ke? Heh! Lebih dari ni aku dah pernah rasa. Dia ingat aku akan sakit hati ke?

"Eh takda lah! Zafran akan suka punya. Dia sayang aku. Lagipun, nak buat apa pregnant awal-awal? Tak syok. Sekarang ni kitorang plan nak honeymoon dulu puas-puas." Habis kelentong, Adara diam. Ni kalau Zafran dengar, memang mampus aku. Aku tak boleh biar Sofea ni pijak kepala aku. Jadi aku kena pertahankan diri aku.

"Tak malu rampas suami orang." Sofea berkata pedas. Adara gelak perlahan.

"Aku rampas laki kau ke? Tak kan? Ke kau nak aku kebas laki kau pula? Boleh je. Tapi aku tak nak. Muka laki kau hauk." Adara balas lagi pedas. Kisah apa aku. Sibuk nak mengata aku. Aku kata dia balik. Dia ingat aku ni nak diam je? Kau silap, Sofea.

"Kurang ajar. Perempuan tak sedar diri. Kau tengok lah nanti, kau mampus nanti." Balas Sofea.

"Eh eh eh. Apa benda mak buyung cakap buruk-buruk ni? Tak takut ke terkenan dekat anak?" Adara bertanya risau. Dia betul-betul risau ni. Harap tak kena lah anaknya. Mak yang perangai busuk, takkan anak pula kena tanggung.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now